Parti Fumio Kishida, menang pilihan raya Jepun

November 1, 2021 · Dunia

Gabungan parti pemerintah Jepun mengekalkan kemenangan majoriti pada pilihan raya umum semalam dan Perdana Menteri, Fumio Kishida berjanji akan memberi tumpuan memulihkan ekonomi negara itu sebagai kuasa ketiga terbesar di dunia.

Kelihatan pelabur di Tokyo yang bersorak menerima berita kemenangan Parti Liberal Demokratik (LDP) itu apabila menunjukkan Kishida dan rakan gabungan parti, Komeito memenangi 293 daripada 465 kerusi di Dewan Rakyat.

Selain itu, indeks saham Nikkei terus meningkat lebih dua peratus selepas media Jepun melaporkan keputusan itu, yang membolehkan blok pemerintah menggubal rang udang-undang isu membabitkan pandemik dan pakej rangsangan perbelanjaan pertahanan.

Kishida memaklumkan tinjauan mendapati orang ramai yakin dengan pemerintahan LDP yang sebelum ini secara berterusan memegang tanggungjawab itu sejak tahun 1950-an.

“Apabila pakatan pemerintah diberi majoriti, ia bermaksud kerajaan diberi kepercayaan. Ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar,” jelas pemimpin berumur 64 tahun itu.

Kishida berharap dapat memberikan pakej rangsangan baharu menjelang akhir tahun ini untuk mengatasi impak Covid-19 terhadap sektor ekonomi yang bernilai puluhan trillion yen.

Beliau turut menggariskan rancangan untuk menangani ketidaksamaan ketara melalui dasar properniagaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri terdahulu, Yoshihide Suga dan Perdana Menteri paling lama memerintah, Shinzo Abe.

LDP juga memberitahu ia akan meningkatkan perbelanjaan untuk sektor pertahanan bagi mengatasi ancaman dari China dan Korea Utara.

Bagaimanapun, menurut akhbar harian Asahi Shimbun memaklumkan Kishida perlu lebih bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan kemungkinan berlakunya gelombang keenam jangkitan Covid-19 bermula musim sejuk ini dan pada masa yang sama bertegas melaksanakan idea dasar ekonomi.

Penurunan bilangan kerusi LDP sudah dijangkakan terlebih dahulu selepas Yoshihide Suga meletak jawatan walaupun baharu setahun memegang jawatan itu, berikutan ketidakpuasan hati penduduk jepun terhadap tindak balas kerajaan dalam menangani krisis virus tersebut.

Sebelum ini, Jepun dengan populasi 126 juta rakyatnya sudah merekodkan lebih 18,000 kematian akibat Covid-19 kerana tidak pernah melaksanakan sekatan dan penutupan penuh.

Bagaimanapun, tindakan itu dikecam hebat oleh kebanyakan peniaga terutama di bar dan restoran yang berdepan dengan keadaan sukar apabila tempoh sekatan terhadap aktiviti komersial itu ditutup berlarutan.

LDP sebelum ini memiliki 276 kerusi dan pada pilihan raya semalam menyaksikan parti itu mendapat 261 kerusi, mengekalkannya sebagai parti tunggal dengan majoriti.

Dalam beberapa dekat sebelum ini, undi menentang parti LDP berpecah dengan beberapa parti pembangkang utama, namun kali ini lima parti lawan sudah menjalinkan kerjasama dan sokongan kepadanya.

Sementara itu, dianggarkan lebih 56 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, ini menunjukkan kesinambungan kadar peratusan keluar mengundi masih rendah seperti keadaan pilihan raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Fumio Kishida memaklumkan beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak COP26 di Glasgow sebagai tanda penyertaan pertamanya dengan negara dunia lain selepas kemenangannya di pilihan raya itu.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok