Omicron: Kes positif cecah tiga juta, Filipina akui berdepan kritikal

January 11, 2022 · Dunia

Jumlah kes positif di Filipina kini mencecah tiga juta sejak pandemik Covid-19 menular di negara itu pada awal 2020 lalu, lapor Kementerian Kesihatan (DOH) hari ini, tatkala Manila sedang bergelut menangani peningkatan kes yang didorong varian Omicron.

DOH merekodkan 28,007 jangkitan baharu hari ini menjadikan kumulatif positid melonjak kepada 3,026,473.

Kes harian telah mencecah paras tertinggi yang belum pernah dilaporkan sebelum ini pada Januari berikutan peningkatan pergerakan orang ramai ketika musim cuti dan pengesanan kes tempatan bagi varian Omicron.

Lima puluh lima peratus daripada kes baharu itu dilaporkan di Metro Manila, manakala 21 peratus dari Calabarzon, dan 11 peratus lagi dari Luzon Tengah.

Kadar positif ialah 44.5 peratus daripada 58,409 ujian. Ini jauh melebihi ambang lima peratus ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum sesebuah negara boleh membuka semula ekonominya.

DOH berkata angka kematian mencecah 52,511 selepas 219 lagi pesakit meninggal dunia, manakala seramai 4,471 pesakit telah pulih menjadikan kes sembuh sebanyak 2,792,946.

Terdapat 181,016 kes aktif, dengan 5,521 daripadanya tidak bergejala; 170,873 kes ringan; 2,863 kes sederhana; 1,464 kes teruk dan 295 kes kritikal.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Francisco Duque III berkata Filipina sedang menghadapi risiko kritikal susulan peningkatan yang didorong oleh penularan pantas varian Omicron.

“Filipina kini berada di bawah klasifikasi kes berisiko kritikal dengan peningkatan 690 peratus dalam purata pergerakan tujuh hari bagi kes yang dilaporkan setiap hari,” kata Duque dalam taklimat bersama Presiden Rodrigo Duterte.

Menurut Duque, Filipina merekodkan kadar peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu sebanyak 3,663 peratus apabila kes baharu mencapai rekod tertinggi sejak beberapa hari lalu.

Lonjakan baru jangkitan kini mengancam sistem kesihatan negara itu, sementara lebih ramai kakitangan hospital dan pekerja kesihatan telah diuji positif Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok