‘No mask, no clothes’: Australia halau pengulas kritis Britain Katie Hopkins

July 20, 2021 · Dunia

Australia membatalkan visa personaliti media Britain yang sentiasa mencetuskan kontroversi, Katie Hopkins selepas dia memuat naik ancaman untuk melanggar peraturan ketat kuarantin di hotel, di dalam media sosialnya, kata pegawai kanan negara itu hari ini.

Hopkins diterbang ke Sydney untuk tampil pada sebuah program realiti televisyen ketika dia menyiarkan video di Instagram yang berbicara mengenai membuka pintu bilik hotel dalam keadaan telanjang dan tidak memakai pelitup muka ketika pekerja hotel datang menghantar makanan.

Mengikut peraturan pihak berkuasa Australia, semua pengembara asing perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel, bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Polis kemudian mengenakan denda AUS$1,000 terhadap Hopkins, 46 tahun, kerana tidak memakai pelitup muka dan membawanya ke lapangan terbang untuk diusir.

Menteri Dalam Negeri Karen Andrews berkata pihak berkuasa bertindak pantas memastikan visa kemasukan pengulas kritis United Kingdom itu ke Australia dibatalkan setelah rakaman berkenaan muncul di media sosial.

“Kami mengambil tindakan segera memastikan dia keluar dari Australia secepat mungkin. Dia jelas bukan seseorang yang kita mahu berada di negara ini,” kata Andrews kepada ABC.

Dalam video siaran langsung pada Sabtu lalu dia menggambarkan bahawa sekatan dan kawalan Covid-19 yang dikenakan seluruh dunia sebagai ‘penipuan terbesar dalam sejarah manusia’ sambil bergurau untuk melanggar peraturan kuarantin itu.

Dalam video itu, Hopkins ketika di dalam bilik kuarantinnya berkata dia merancang untuk menakutkan pekerja hotel yang membawa makanan kepadanya dengan membuka pintu sambil berbogel dan tidak memakai pelitup muka.

Mengikut peraturan pihak berkuasa Australia, individu yang menjalani kuarantin di bilik hotel tidak dibenar membuka pintu sehingga 30 saat selepas makanan mereka diletak di luar dan mesti memakai pelitup muka ketika membuka pintu.

Klip video berdurasi 28 minit itu yang asalnya disiarkan menerusi laman Instagramnya dan kemudian dimuat naik ke dalam YouTube kini sudah dipadam.

Hopkins telah lama mencetuskan kontroversi dengan membangkitkan isu rasis, anti-Muslim dan antipendatang dan sejak kebelakangan ini menentang peraturan Covid-19.

Sehingga semalam, dianggarkan lebih 12 juta rakyat Australia sedang dikuarantin bagi mengawal penyebaran wabak varian Delta yang semakin menular.

Australia mencatatkan 119 kes jangkitan baharu Covid-19 dan tiada kematian yang dilaporkan. Ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan di negara itu adalah sebanyak 32,017 kes dan 914 kes kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok