NATO pintas dua pesawat Russia di Laut Baltik

April 21, 2021 · Dunia

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa mengerahkan jet tempurnya untuk memintas dua pesawat pengebom Russia di ruang udara Laut Baltik.

Ketika radar NATO mengesan pesawat yang tidak dikenali di Laut Baltik pada pagi Selasa, Pusat Operasi Udara Bersepadu yang berpangkalan di Uedem, Jerman mengerahkan pesawatnya di wilayah Baltik untuk memintas dan mengenal pasti jet yang melintasinya, kata kenyataan Pemerintah Pusat Operasi NATO.

Jet tempur dari pangkalan di Estonia, Lithuania dan Poland berlepas untuk menjejaki dan memintas pesawat yang tidak mengemukakan pelan penerbangan dan ada yang tidak dapat dikenal pasti oleh alat pemancar isyarat.

“Dua pesawat pengebom Russia Tu-160 Blackjack diiring oleh jet pejuang Sukhoi Su-27 dan Su35 terbang di ruang udara Laut Baltik dari Russia.

“Pesawat pengesan jarak jauh, A050 Mainstay, juga diiring oleh jet pejuang Russia,” kata kenyataan itu.

Pesawat pengebom itu dilaporkan berada di ruang udara antarabangsa di atas Laut Baltik selama kira-kira tiga jam sebelum pulang ke Russia. – Agensi

Berita berkaitan
Putin beri amaran kepada Finland, Sweden jika benarkan NATO masuk
May 17, 2022· Dunia
Konflik Ukraine mengakibatkan 10 juta orang berpindah
March 20, 2022· Dunia
Warga Singapura di Ukraine diarah keluar secepat mungkin
February 14, 2022· Dunia
Empat pesawat tentera Russia dipintas tentera Britain
February 3, 2022· Dunia
Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
29 minit lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
6 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok