Mengapa penularan Covid-19 di India bertambah teruk?

April 27, 2021 · Dunia

Situasi penularan Covid-19 di India bertambah teruk dengan mayat bergelimpangan di jalan raya dan hospital kehabisan bekalan oksigen.

Hal ini menjadikan India sebuah negara yang paling teruk dilanda pandemik tersebut sejak ia mula merebak ke seluruh dunia pada Mac tahun lalu.

Tetapi mengapa India berdepan situasi sebegini dan apakah negara lain juga akan berdepan situasi sama?

Gelombang pertama

India pada awalnya dilihat mampu mengawal penularan wabak tersebut selepas memperkenalkan sekatan pergerakan sosial bermula 25 Mac sehingga 25 Mei tahun lalu bagi membendung penularan di kalangan masyarakatnya.

Setelah sekatan dibatalkan, gelombang penularan di India semakin melonjak naik bagaimanapun keadaan di hospital masih terkawal.

Tetapi mengapa India dilanda penularan Covid-19 yang begitu teruk sekarang?

“Kami mengambil mudah,” kata Dr Shahid Jameel, salah seorang ahli virologi terkemuka di India. “Mereka terlalu leka.”

Terlalu berfikir keajaiban

Pengkritik menuduh kerajaan India mengabaikan tanggungjawab mereka.

Pada awal Mac 2021, Menteri Kesihatan India Harsh Vardhan dengan yakinnya berkata India sudah sampai ke “pengakhiran” pandemik tersebut.

Perlawanan kriket dan festival keagamaan diadakan besar-besaran, orang ramai tidak memakai pelitup muka.

“Kemungkinan ini semua adalah acara yang menjadi punca penyebaran besar-besaran,” kata Jameel, pakar dari Ashoka University.

Pengkritik membidas Perdana Menteri Narendra Modi dengan gelaran #superspreaderModi di Twitter dan kemarahan rakyat semakin membuak-buak seluruh negara.

Vaksin

Pada Mac 2021, Modi dipuji sebagai “guru vaksin”.

India terkenal sebagai sebuah negara “farmasi dunia” kerana kemampuan pengeluaran vaksinnya. Bagaimanapun, bagi menyuntik vaksin ke dalam badan seseorang adalah satu tugas yang lebih mencabar.

Tidak dinafikan langkah India memberi vaksin kepada rakyatnya dilihat berjaya dengan hampir 138 juta dos sudah disuntik, lebih banyak berbanding negara lain kecuali Amerika Syarikat dan China. Malah India berada pada kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat dalam suntikan dos kedua kepada rakyatnya.

Namun, angka-angka ini hanya mewakili sekitar 10 dan 1.6 peratus dari populasi yang besar di India dan masih tidak cukup untuk menghentikan gelombang kedua.

India tidak menjangka gelombang besar ini akan berlaku dan mereka terperanjat apabila penularan Covid-19 seakan sudah mengalahkan sistem mereka.

India tidak bersendirian dalam krisis ini, malahan seorang doktor dari Britain mengatakan orang ramai tidak sedar negara tersebut hampir berdepan bencana sama ketika varian B1117 menyerang semasa sambutan Krismas tahun lalu.

Dr Julian Tang, profesor kehormat sains pernafasan di University of Leicester berkata kadar kenaikan jumlah kes Covid-19 di India tidak jauh berbeza dengan situasi yang berlaku di Britain.

“Jumlah kes Covid-19 harian di India adalah jauh lebih tinggi daripada UK pada Januari 2021 – dan sumber kesihatan yang ada di UK bagi setiap orang adalah lebih baik dari India, ” katanya.

Varian

Profesor Madhukar Pai, seorang pakar kesihatan global di Universiti McGill di Kanada berkata “sangat menyayat hati melihat keadaan bertambah teruk di India”.

“Angka rasmi semasa terlalu rendah dan unjurannya sangat menakutkan. Kita semua kenal setiap individu yang dijangkiti dan semua orang berusaha mendapatkan rawatan perubatan,” katanya.

India seringkali berdepan dengan varian berasal di tempat sendiri dan ia mudah tersebar dengan cepat sama seperti varian di United Kingdom yang juga tersebar sampai di Kanada.

Jameel berkata amat penting untuk orang ramai mesti memandang serius penjarakkan sosial.

“Kalau tidak?” Berdoa lah anda kepada kami,” katanya.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Kemungkinan negara jiran India seperti Nepal dan Sri Lanka juga bakal berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, negara dunia perlu peka dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak leka.

Krisis di India menunjukkan terdapat kemungkinan gelombang baharu melanda sesebuah negara sehingga lah orang ramai sudah menerima vaksin, lebih malang lagi jika “negara farmasi dunia” menutup pintu ke pasaran global ia pasti akan menjejaskan program vaksinisasi di seluruh dunia nanti.

“Kita sedang mengikuti pola pandemi tahun 1918,” kata Dr Ayoade Alajika, yang sedang berusaha untuk menghantar vaksin ke Afrika.

“Tahun pertama ia membunuh sekitar 1 juta orang. Tahun kedua, sekitar 50 juta,” katanya memberi gambaran buruk kemungkinan yang akan berlaku nanti.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Pengantin lelaki salah rumah gara-gara Google Maps
April 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok