Pengantin lelaki salah rumah gara-gara Google Maps

April 8, 2021 · Dunia

Gara-gara ketidaktepatan lokasi yang dihantar menerusi aplikasi Google Maps, seorang calon pengantin lelaki dan rombongannya tersalah memasuki sebuah rumah lain yang juga sedang mengadakan majlis pertunangan.

Kejadian lucu itu berlaku di sebuah kampung di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia, Ahad lalu, ketika acara pertunangan di dua rumah di kampung sama berlangsung, lapor Tribune News.

Insiden itu membabitkan seorang calon pengantin perempuan dikenali sebagai Ulfa, yang hairan apabila calon pengantin lelaki dan rombongan yang datang ke rumahnya adalah pihak lain.

Ulfa percaya penyebab kejadian itu adalah kerana titik lokasi Google Maps yang dikongsi adalah kurang tepat.

Mengikut laporan itu, rombongan pengantin yang menggunakan sebuah bas berhenti agak jauh. Kemudian, rombongan itu berjalan mendatangi rumah Ulfa yang berada di Dusun Jengkol, Desa Losari, Pakis, Magelang, Jawa Tengah.

Kedatangan rombongan itu kemudian disambut oleh pihak keluarga Ulfa yang tidak menyedari hal sebenar, dan mereka turut bertukar-tukar hantaran. Malah jurugambar yang disewa Ulfa juga merakamkan kedatangan rombongan itu.

“Jurugambar saya sudah mengambil video kerana menyangka mereka adalah rombongan daripada calon suami saya,” kata Ulfa.

Bagaimanapun, selepas menyedari tersalah alamat rumah, rombongan pengantin lelaki itu pun bergegas keluar sambil mengambil kembali hantaran mereka.

Video saat rombongan yang salah alamat membawa kembali hantaran mereka sempat diabadikan oleh teman Ulfa.

Dalam video, terlihat para rombongan tersebut saling tertawa setelah tahu mereka tersalah alamat.

Selang beberapa jam baharulah rombongan sebenar calon suami Ulfa tiba.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok