Melbourne bakal tarik balik ‘lockdown’ minggu depan

October 17, 2021 · Dunia

Melbourne, yang diletakkan di bawah tempoh perintah sekatan dan tinggal di rumah terpanjang berbanding bandar raya lain di dunia disebabkan Covid-19, bersiap sedia untuk menarik balik sekatan itu minggu depan.

Sehingga Jumaat, apabila sesetengah larangan akan ditarik balik, bandar raya dengan kira-kira lima juta penduduk itu telah berada di bawah enam kali perintah penutupan (lockdown), keseluruhannya berjumlah 262 hari, lebih tinggi daripada 234 hari dikenakan di Buenos Aires.

Ketika kes Covid-19 terus meningkat di Victoria di mana Melbourne adalah ibu negerinya, kadar vaksinasi di negeri itu dijangka mencapai 70 peratus minggu depan, membolehkan sekatan ditarik balik.

“Hari ini adalah hari yang hebat. Hari ini adalah hari di mana penduduk Victoria dapat berbangga dengan apa yang telah mereka capai,” kata Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews.

Namun, apabila beberapa kemudahan dan perniagaan dibuka semula, kapasitinya akan dihadkan. Lebih banyak kelonggaran, termasuk pembukaan semula lebih banyak sektor peruncitan akan dilakukan apabila 80 peratus penduduk lengkap divaksinasi – dijangka pada 5 November ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Victoria merekodkan 1,838 jangkitan baharu Covid-19 dan tujuh kematian.

Jirannya, New South Wales (NSW) pula merekodkan 301 kes baharu dan 10 kematian. Sebanyak 80 peratus daripada penduduk NSW telah lengkap divaksin.

Australia sebelum ini, menjadi antara negara sifar Covid-19 ketika permulaan penularan virus itu awal tahun lalu, kini melaksanakan strategi hidup bersama virus menerusi program vaksinasi yang lebih intensif.

Sgtrategi itu membolehkan perintah sekatan dan penutupan ditarik balik apabila 80 peratus daripada populasinya lengkap divaksinasi. Sehingga hari ini, kira-kira 68 peratus daripada populasi Australia telah lengkap divaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok