MI5 dedah perisik China aktif beroperasi dalam Parlimen UK

January 14, 2022 · Dunia

MI5, agensi perisikan Britain, memberi amaran bahawa seorang ejen kerajaan China yang disyaki telah beroperasi di Parlimen United Kingdom cuba menggugat kestabilan dan menumbangkan sistem demokrasi Britain.

Dalam surat yang dihantar kepada Ahli Parlimen (MP), Speaker Dewan Rakyat Sir Lindsay Hoyle, memberi amaran bahawa wanita itu, yang dinamakan sebagai Christine Lee, telah “melibatkan diri dalam campur tangan politik bagi pihak Parti Komunis China, terlibat dengan MP”.

Mengeluarkan Makluman Gangguan Perkhidmatan Keselamatan, MI5 berkata Lee telah “bertindak secara rahsia” dengan penyelarasan Jabatan Kerja Barisan Bersatu (UFWD) Parti Komunis China (PKC), dan “dinilai terlibat dalam aktiviti campur tangan politik di UK”.

Agensi keselamatan itu menyatakan bahawa mereka percaya cabang parti komunis “berusaha untuk campur tangan secara rahsia dalam politik UK secara mewujudkan hubungan dengan MP yang sudah kukuh dan bercita-cita tinggi merentasi spektrum politik.”

MI5 berkata jabatan parti pemerintah China “berusaha untuk memupuk hubungan dengan tokoh berpengaruh bagi memastikan landskap politik UK sesuai dengan agenda PKC dan mencabar mereka yang menimbulkan kebimbangan mengenai aktiviti PKC, seperti hak asasi manusia.”

Lee telah terlibat dalam pemudah cara derma kewangan kepada parti politik, MP, calon MP dan individu yang ingin mendapatkan jawatan politik di UK, termasuk memudahkan derma kepada entiti politik bagi pihak warga asing, lapor MI5.

“Lee telah menyatakan secara terbuka bahawa aktivitinya adalah untuk mewakili komuniti Cina UK dan meningkatkan kepelbagaian hubungan. Bagaimanapun, aktiviti yang dinyatakan di atas telah dijalankan dalam penyelarasan rahsia dengan UFWD, dengan pembiayaan disediakan oleh warga asing yang berada di China dan Hong Kong.

“Lee mempunyai penglibatan yang meluas dengan individu di seluruh spektrum politik UK, termasuk melalui ‘All Party Parliamentary China Group’ (APPCG) yang kini dibubarkan di Britain, dan mungkin bercita-cita untuk menubuhkan APPCG selanjutnya untuk meneruskan agenda PKC.”

Amaran itu mengingatkan bahawa sesiapa yang dihubungi oleh wanita itu harus “berhati-hati dengan sekutunya, China dan bertanggungjawab untuk memajukan agenda PKC dalam politik UK”.

Sir Lindsay mengingatkan ahli parlimen bahawa mereka bertanggungjawab untuk mengesahkan sumber derma dan merekodkan semua wang yang diserahkan.

MP Parti Buruh Barry Gardiner disebut sebagai ahli politik yang menerima sumbangan daripada wanita itu.

Anak lelaki suspek telah bekerja sebagai pengurus diari untuk MP pembangkang itu tetapi telah meletak jawatan pada Khamis, beberapa jam sebelum perbincangan di Parlimen.

Gardiner berkata pejabatnya telah berhubung dengan MI5 selama bertahun-tahun susulan kebimbangan mengenai aktiviti Lee. Beliau berkata sumbangan terakhir daripadanya diterima pada Jun 2020. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok