Kongres AS didesak iktiraf negara Palestin

November 9, 2021 · Dunia

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye semalam mendesak Kongres Amerika Syarikat (AS) supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada akhir perbincangan dengan delegasi ahli Kongres AS yang diketuai oleh Senator Ben Cardin, Ishtaye turut menggesa anggota Kongres AS untuk berusaha meminda undang-undang AS melibatkan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin PLO.

Kenyataan itu memaklumkan Ishtaye sudah berbincang dengan delegasi itu mengenai masa depan proses damai Israel-Palestin di dalam percubaan pihak Israel untuk menggugat penyelesaian dua negara itu dengan meneruskan pendudukan Israel dan melanggar hak rakyat Palestin.

Selain itu, Ishtaye juga meminta agar AS melaksanakan ikrar yang dibuat olehnya kepada rakyat Palestin, terutamanya untuk membuka kembali konsulat AS di Baitulmaqdis Timur.

Beliau juga mendesak tetamunya itu, untuk membantu menyekat dasar penempatan Israel.

“Bagaimana kita ingin berbincang mengenai penyelesaian dua negara itu sedangkan terdapat lebih 720,000 penceroboh di tanah negara Palestin dan program penempatan itu tetap diteruskan?” tanya Ishtaye.

“Lebih 62 peratus daripada tanah Palestin kini sudah di bawah kawalan langsung pihak Israel dan mereka menjadikannya sebagai sebuah kawasan simpanan untuk memperluaskan kawasan penempatan mereka,” tambahnya.

Ishtaye mendesak supaya delegasi itu memberi tekanan kepada pihak Israel agar membenarkan PNA mengadakan pilihan raya umum di semua wilayah Palestin, termasuk di Baitulmaqdis Timur.

Sebelum ini, sejak perang Asia Barat 1967, Israel sudah merampas dan mengawal Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Namun, rakyat Palestin masih berusaha untuk menuntut tanah mereka dengan menubuhkan sebuah negara Palestin di wilayah itu berserta di Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok