Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid

May 13, 2021 · Dunia

Komander Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) Gaza, Basem Issa atau Abu Imad sudah lama menunggu saat untuk syahid di bumi bertuah Palestin.

Sehari sebelum umat Islam melaungkan takbir Aidilfitri, Abu Imad yang digeruni dengan keberanian dan ketegasannya memimpin kumpulan utama pejuang Palestin di bandar Gaza, gugur syahid terkena letupan bom rejim pengganas Israel.

“Abu Imad sudah menunggu untuk syahid sejak beberapa tahun lalu, setelah terselamat daripada beberapa cubaan membunuh oleh ekstremis Yahudi,” kata kenalan keluarga komander al-Qassam itu.

Semalam, Briged Al-Qassam, sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengumumkan kematian Abu Imad – komander Briged Gaza – dalam serangan rejim Israel yang menyasarkan beliau.

Abu Imad adalah pemimpin kanan Hamas yang dibunuh rejim Israel sejak konflik kedua-dua pihak tercetus semula pada 2014.

“Dengan semua tanda kebanggaan, ketabahan dan bantahan, Brigade Syuhada Izz al-Din Al-Qassam mengumumkan kepada semua penduduk Palestin di mana sahaja berada, syahidnya panglima mujahid Al-Qassam, Bassem Issa ‘Abu Imad’,” kata kenyataan Briged Al-Qassam beberapa jam selepas kejadian itu.

Dalam kenyataan itu, Briged Al-Qassam juga mengingatkan umat Islam dan rakyat Palestin bahawa hanya dengan kematian syahid sahaja mereka akan mendapat penghormatan sebagai warganegara Palestin yang berjuang demi tanah suci Baitulmaqdis.

Abu Imad mengetuai Briged Gaza dan bertanggungjawab menyusun operasi Al-Qassam di bandar itu sejak 2017.

Namanya muncul selepas askar rejim Zionis membunuh seorang pemimpin kanan Hamas, Ahmed al-Jabari pada 2012. Rejim Israel menuduhnya bertanggungjawab melancarkan serangan roket dari Semenanjung Gaza ke beberapa wilayah Israel beberapa hari lalu.

Susulan kematian Abu Imad, Hamas memberi amaran bahawa rejim Israel akan menerima tindak balas mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, darah yang mengalir daripada pemimpin Al-Qassam dan anggotanya akibat serangan rejim Israel tidak akan melemahkan semangat Hamas.

“Rejim Zionis perlu membayar dengan harga yang mahal,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
6 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok