Kes tenat akibat Covid-19 di Korea Selatan meningkat mendadak

August 1, 2022 · Dunia

Kes Covid-19 baharu Korea Selatan turun di bawah paras 50,000 pada Isnin berikutan ujian saringan yang berkurang pada hujung minggu, namun bilangan pesakit yang tenat mencecah paras tertinggi dalam dua bulan.

Keadaan itu berlaku ketika virus itu kembali merebak didorong oleh peningkatan yang sangat tinggi disebabkan subvarian omicron BA.5 yang mudah berjangkit, lapor Bernama.

Angka jangkitan baharu bertambah sebanyak 44,689 kes, termasuk 436 kes import, membawa jumlah keseluruhan kes kepada 19,820,739, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Bilangan kes jatuh mendadak daripada 73,589 pada hari sebelumnya berikutan jumlah saringan yang berkurang tetapi masih lebih besar daripada 35,860 kes yang dicatatkan seminggu sebelumnya.

Peningkatan jangkitan baharu menyebabkan bilangan pesakit yang tenat turut meningkat.

Menurut Yonhap, negara itu melaporkan 287 kes kritikal pada Isnin, angka tertinggi selepas 18 Mei, dengan jumlah keseluruhan 313 kes.

KDCA melaporkan 21 kematian akibat Covid-19, meningkat kepada 25,068.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok