Kes positif harian Covid-19 di Thailand melonjak kepada 13,256

September 23, 2021 · Dunia

Thailand hari ini melaporkan dalam tempoh 24 jam lalu 13,256 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan, meningkat berbanding 11,252 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama semalam.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand juga melaporkan 131 pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu. Bagaimanapun angka itu turun sedikit berbanding 141 kematian yang dicatatkan semalam.

Sejak 1 April lalu, ketika gelombang baharu Covid-19 menular di negara itu, hingga hari ini, Thailand merekodkan hampir 1.5 juta jangkitan, dengan 128,367 kes masih aktif.

Sementara itu, CCSA berpendapat ibu kota Bangkok boleh dibuka semula kepada pelancong antarabangsa bermula 1 November depan, sekiranya 70 peratus populasinya lengkap divaksin.

Ini adalah kali pertama CCSA menetapkan tarikh pembukaan semula ibu negara Thailand, berbeza dengan rancangan Kementerian Pelancongan yang merancang membuka Bangkok dan empat wilayah lain – Chon Buri; Phetchaburi; Prachuap Khiri Khan; dan Chiang Mai – mulai 1 Oktober.

Bagaimanapun, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang berpendapat 1 Oktober adalah terlalu awal dengan memberi alasan populasinya tidak akan mencapai sasaran vaksinasi 70 peratus itu.

Beliau mahu memastikan 70 peratus populasi dewasa di kota itu lengkap divaksin, selain penurunan kes baharu dan pesakit di hospital, sebelum pembukaan semula Bangkok boleh dilakukan.

Menurut laporan Bangkok Post, sehingga kini 42 peratus daripada tujuh juta populasi di Bangkok telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pegawai CCSA, Chawetsan Namwat bersetuju kadar vaksinasi 70 peratus sangat penting untuk rancangan pembukaan semula.

“Vaksin adalah penentu. Ini memberikan keyakinan kepada penduduk dan pelancong,” katanya.

Semalam, Bangkok adalah wilayah di Thailand yang merekodkan jumlah tertinggi jangkitan baharu iaitu sebanyak 2,455 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok