Kes positif Covid-19 di Thailand hampir cecah 1 juta

August 19, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan dalam tempoh 24 jam hari ini, terdapat 20,902 pesakit baharu yang disahkan positif Covid-19, meningkat akibat penularan meluas varian Delta sejak lebih sebulan lalu.

Angka itu menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Asia Tenggara awal tahun lalu meningkat kepada 989,859 kes dan 8,586 kematian, kebanyakannya disumbang dalam tempoh empat bulan lalu.

Pada masa sama, kementerian itu turut melaporkan kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 301 pesakit, dan kes sembuh turut menunjukkan perkembangan yang efektif dengan 22,208 pesakit dilaporkan hari ini.

Sementara itu, pakar kesihatan negara itu memberi amaran kepada kerajaan Thailand penularan gelombang ketiga Covid-19 yang dicetuskan oleh varian Delta merebak dengan pantas ke seluruh wilayah Greater Bangkok sekali gus memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Pegawai perubatan di Hospital Khon Kaen, Monthip Boriboonsong memaklumkan kerajaan telah mengarahkan semua Pejabat Kesihatan Awam di seluruh wilayah untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi sekiranya kes jangkitan meningkat dengan mendadak.

Sejak awal April lalu, Bangkok yang merupakan titik panas penularan Covid-19 merekodkan 225,000 kes.

Wilayah lain di sekitar Bangkok turut mendapat tempias daripada penularan itu, namun kerajaan memaklumkan telah berjaya mencegah penularan baharu, susulan perlaksanaan sekatan penutupan yang ketat, perintah berkurung dan kempen vaksinasi secara besar-besaran yang diadakan.

Namun, sejak beberapa bulan ini, pakar kesihatan turut memberi amaran kepada kerajaan, peningkatan kes di luar bandar lebih tinggi daripada ibu kota Bangkok. Melalui rekod dan data yang dikeluarkan menunjukkan jangkitan semakin meningkat di wilayah lain.

Kementerian itu juga mengakui, kadar jangkitan di wilayah-wilayah lain telah mula mengatasi jumlah kes di ibu kota Bangkok.

“Penyebaran varian Delta ini telah mula tersebar ke hampir 71 wilayah lain.

“Inilah sebab mengapa pihak kami sedang meneliti dengan serius bagi kelompok jangkitan di wilayah-wilayah lain, termasuk menerapkan peraturan ketat di lokasi pembinaan untuk menghentikan penyebaran virus ini dan bagi sektor kilang, ia tetap dibenarkan beroperasi dengan pantauan prosedur operasi standard yang ditetapkan,” kata Pengarah Pengendalian Penyakit Thailand, Dr Chawetsan Namwat.

Sementara itu, Dr Chawetsan menggesa penduduk negara itu segera mendapatkan suntikan vaksin dan masyarakat tidak perlu memilih jenis vaksin yang diberikan seperti Sinovac kerana vaksin tersebut telah diluluskan oleh WHO dan ia selamat digunakan.

Jelasnya, suntikan vaksin ini sekurang-kurangnya dapat membantu sistem penjagaan kesihatan Thailand untuk mencegah penularan Covid-19 yang semakin memuncak sebelum Thailand mendapatkan jenis vaksin lain. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok