Kes Omicron di Indonesia meningkat

January 15, 2022 · Dunia

Jumlah pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Omicron di Indonesia kini melonjak kepada 572 orang, setelah 66 jangkitan baharu dikesan pada Jumaat.

“Dengan penambahan 66 jangkitan baharu baru-baru ini, kini terdapat 572 kes Omicron setakat hari ini,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI), Dr Siti Nadia Tarmizi.

Tiga puluh tiga daripada 66 jangkitan Omicron baharu itu membabitkan pelancong antarabangsa, dengan selebihnya adalah jangkitan tempatan. Semua pesakit yang dijangkiti Omicron mesti menjalani kuarantin, katanya.

Seramai 339 pesakit Omicron menjalani kuarantin di hospital sementara di Wisma Atlet di Kemayoran, dan selebihnya di hospital yang dilantik oleh Pasukan Petugas Covid-19.

Menurut Dr Siti Nadia, tiada perbezaan dalam ciri-ciri simptom antara pengembara antarabangsa yang dijangkiti Omicron dan kes yang menular secara tempatan.

Majoriti pesakit mengalami simptom ringan dan tidak bergejala. Gejala yang paling biasa ialah batuk, hidung berair, dan demam, katanya.

“Kira-kira 276 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari pusat kuarantin, dan 296 masih menjalani kuarantin,” katanya lagi.

Menurutnya, KKRI menjangkakan kadar lonjakan jangkitan varian Omicron di Indonesia dari segi kes harian kini melebihi varian Delta, dan kemungkinan ianya akan mula meningkat pada awal tahun ini.

“Kebanyakannya datang dari pelancong antarabangsa, dan ini memberi kesan kepada kiraan harian Covid-19 di Indonesia,” kata Dr Siti Nadia.

KKRI akan meningkatkan usaha ujian, pengesanan dan rawatan (3T) di kawasan yang berpotensi mempunyai kadar penularan yang tinggi, menurut Nadia.

“Kami telah meningkatkan 3T di Jawa dan Bali untuk mengesan Omicron,” katanya.

KKRI juga mengedarkan kit S-Gene Target Failure (SGTF) kepada semua makmal penyeliaan kerajaan untuk mengenal pasti kes Omicron, di samping memastikan stok mencukupi. Kerajaan berusaha meningkatkan kapasiti PCR dan SGTF untuk mengesan kes seawal mungkin.

Bagi mengelak penularan lanjut, kementerian akan meningkatkan nisbah pengesanan di wilayah yang mempunyai lebih 30 kes positif.

KKM juga memastikan ketersediaan bilik berpusat dan pengasingan diri untuk kes ringan dan tanpa gejala. Hospital telah menyediakan katil yang mencukupi untuk pesakit yang mengalami simptom sederhana dan teruk, menurut Nadia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok