Kes Covid paling tinggi pernah dicatat benua Amerika minggu lalu

January 27, 2022 · Dunia

Kes baharu Covid-19 di benua Amerika pada minggu lalu adalah yang tertinggi sejak wabak itu bermula pada 2020, sementara varian Omicron yang sangat menular jelas menjadi varian dominan, kata Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Rabu.

Terdapat lebih lapan juta kes baharu, 32 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya, manakala kematian di seluruh wilayah itu juga meningkat sebanyak 37 peratus, dengan 18,000 kematian baharu disebabkan oleh Covid-19.

Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi, walaupun kes menurun hampir satu juta sepanjang minggu lalu, kata agensi kesihatan serantau itu.

Negeri-negeri selatan Mexico telah menyaksikan jangkitan baharu meningkat tiga kali ganda dan Brazil merekodkan lonjakan kes baharu sebanyak 193 peratus sejak tujuh hari lalu, kata PAHO dalam taklimat mingguan.

Kanak-kanak di benua Amerika sedang menghadapi krisis pendidikan terburuk yang pernah dilihat di rantau itu, dengan berjuta-juta daripada mereka masih belum kembali ke kelas.

PAHO mencadangkan semua negara di rantau itu berusaha membawa semula kanak-kanak kembali ke sekolah dengan mengambil langkah lebih selamat supaya kesihatan mereka tidak terjejas.

Agensi itu turut menggesa ibu bapa supaya memberikan anak-anak mereka vaksin Covid-19.

Banyak negara telah membenarkan dan memberikan vaksin Covid-19 kepada remaja, kata PAHO.

Minggu lalu, kumpulan pakar imunisasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia meluluskan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok