Kes baharu Covid-19 di Indonesia meningkat semula

September 24, 2021 · Dunia

Indonesia melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam meningkat semula kepada 2,881 kes menjadikan keseluruhan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada lebih 4.20 juta kes.

Pada masa sama, 160 pesakit meninggal dunia semalam menjadikan keseluruhannya 141,114 kematian, menurut data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI).

Menurut kementerian itu dalam tempoh berkenaan 4,386 pesakit dibenarkan keluar hospital setelah sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah kes sembuh kepada lebih 4.01 juta individu.

KKRI juga memaklumkan seramai 353,860 individu di seluruh negara itu diletakkan dalam pemantauan kerana disyaki menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Mengenai vaksinasi, KKRI memaklumkan sehingga kini 46.98 juta daripada lebih 277 juta populasinya menerima dos lengkap vaksin Covid-19, manakala 83.24 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Indonesia menyasarkan untuk memvaksinasi kira-kira 208.2 juta penduduknya.

Dalam perkembangan lain, Pejabat Pendidikan Wilayah Jakarta berkata jangkitan Covid-19 dikesan di enam sekolah yang melaksanakan pembelajaran bersemuka sejak 30 Ogos lalu. Hanya 610 sekolah dibenar dibuka semula dengan protokol kesihatan yang ketat.

Pegawai perhubungan pejabat itu, Taga Radj Gah berkata enam sekolah terbabit kini sudah ditutup dan semua pelajar dan kakitangan menjalani ujian saringan Covid-19.

“Setelah membuat pemeriksaan dan penilaian, kami mendapati tujuh sekolah telah ditutup sementara dan enam daripadanya ada kes positif Covid-19,” katanya.

Jangkitan positif Covid-19 di lima sekolah disyaki berpunca daripada kluster isi rumah. Hanya satu kes melibatkan kluster sekolah apabila seorang pelajar positif menjangkiti virus itu kepada pelajar lain di Jakarta Timur. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok