Kematian pertama akibat cacar monyet di Eropah

July 30, 2022 · Dunia

Sepanyol melaporkan kematian pertama berkaitan cacar monyet pada Jumaat (29 Julai), dalam apa yang dianggap sebagai kematian pertama di Eropah akibat penyakit itu dan kedua di luar Afrika.

Brazil sebelum ini melaporkan ada hari sama kematian pertama berkaitan cacar monyet di luar benua Afrika dalam gelombang jangkitan semasa.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 22 Julai, hanya lima kematian telah dilaporkan di seluruh dunia, semuanya di rantau Afrika.

WHO Sabtu lalu mengisytiharkan wabak yang merebak pantas itu sebagai kecemasan kesihatan global, tahap amaran tertingginya.

Dalam laporan terbarunya, Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata 4,298 kes cacar monyet telah disahkan di negara itu.

Daripada 3,750 pesakit yang mendapat maklumat mengenainya, Sepanyol berkata 120 telah dimasukkan ke hospital – menyumbang 3.2 peratus – dan seorang telah meninggal dunia.

Jurucakap Kementerian Kesihatan enggan memberikan butiran lanjut mengenai si mati. – Agensi

Berita berkaitan
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Lebih 27 maut, 183 cedera askar, pemberontak bertempur di Sudan
April 16, 2023· Dunia
223 kes baharu, sifar kematian
March 12, 2023· Isu semasa
279 kes baharu, sifar kematian
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok