
Sepuluh daripada 279 jangkitan baharu Covid-19 semalam (Khamis, 9 Mac 2023), turut melibatkan kanak-kanak berusia antara 0 dan 12 tahun. - Gambar hiasan
Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 9 Mac 2023) meningkat kepada 279 kes, berbanding 235 yang dicatat pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Enam daripada jangkitan baharu semalam melibatkan kes import.
Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi pula menunjukkan jangkitan baharu itu turut melibatkan 10 kes kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun.
Enam daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan empat lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).
Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak5,044,718 kes, dengan 4,998,455 pesakit telah pulih, termasuk 236 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 203 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 46 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 29 kes (individu tidak divaksinasi).
Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,296 kes masih aktif, meningkat berbanding 9,253 kes pada Rabu.
Sehingga semalam juga seramai 8,964 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (8,916 pada Rabu), sementara 327 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (330 pada Rabu).
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam turun kepada lima orang, berbanding tujuh pada Rabu, dengan seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM juga melaporkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal 36,967 kes, termasuk 7,877 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.
- Selangor – 97 (1,551,065);
- Kuala Lumpur – 64 (470,285);
- Sabah – 2 (406,937);
- Johor – 17 (398,660);
- Sarawak – 9 (324,659);
- Kedah – 7 (318,825);
- Pulau Pinang – 9 (307,725);
- Kelantan – 3 (260,181);
- Perak – 14 (239,281);
- Negeri Sembilan – 9 (231,174);
- Pahang – 6 (182,784);
- Melaka – 17 (145,426);
- Terengganu – 11 (133,075);
- Putrajaya – 11 (32,646);
- Labuan – 3 (22,981); dan
- Perlis – 0 (19,014).