223 kes baharu, sifar kematian

March 12, 2023 · Isu semasa

Sebanyak 223 jangkitan baharu Covid-19 dicatat dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 11 Mac 2023), dengan tiga daripadanya adalah kes import, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi pula menunjukkan jangkitan baharu itu, termasuk 10 kes melibatkan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun.

Empat daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan enam lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,045,192 kes, dengan 4,998,845 pesakit telah pulih, termasuk 193 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 163 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 33 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 27 kes (individu tidak divaksinasi).

Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,380 kes masih aktif, manakala seramai 9,077 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu 298 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, manakala lima dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk empat yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal 36,967 kes, termasuk 7,877 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.

  • Selangor – 60 (1,551,193);
  • Kuala Lumpur – 74 (470,446);
  • Sabah – 1 (406,939);
  • Johor – 12 (398,685);
  • Sarawak – 5 (324,673);
  • Kedah – 10 (318,843);
  • Pulau Pinang – 8 (307,744);
  • Kelantan – 5 (260,195);
  • Perak – 13 (239,299);
  • Negeri Sembilan – 8 (231,189);
  • Pahang – 4 (182,797);
  • Melaka – 13 (145,454);
  • Terengganu – 0 (133,075);
  • Putrajaya – 9 (32,662);
  • Labuan – 1 (22,983); dan
  • Perlis – 0 (19,015).

Berita berkaitan
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
51 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
17 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok