Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di bahagian utara dan timur India meningkat kepada 50 mangsa setakat Ahad, lapor Xinhua memetik Hindustan Times.
Angka kematian tertinggi direkodkan di utara Himachal Pradesh iaitu sebanyak 36 dengan satu lagi negeri Uttarakhand turut terjejas teruk.
Beberapa buah rumah turut dihanyutkan, manakala jalan raya serta jambatan juga dilaporkan musnah.
Pelancong terperangkap di pelbagai lokasi kerana lalu lintas terhalang.
Negeri Odisha dan Jharkhand turut terjejas, selain Kashmir yang dikuasai India.
Lima orang yang dilaporkan hilang pada Sabtu di Himachal Pradesh masih gagal dikesan, lapor Press Trust of India. – Bernama