Kedutaan Myanmar di London ‘ditawan’

April 8, 2021 · Dunia

Tentera Myanmar ‘menawan’ kedutaan negara itu dan mengarahkan duta serta kakitangannya meninggalkan bangunan berkenaan, lapor agensi berita Anadolu, hari ini.

Duta Myanmar, Kyaw Zwar Minn memberitahu beliau dan kakitangan telah dihalau keluar oleh atase tentera negaranya.

“Saya diberitahu bukan lagi dutaMyanmar,” katanya.

Katanya, beliau dikurung di dalam sebuah bilik apabila bercakap kepada media tempatan, dan menyifatkan tindakan itu sebagai rampasan kuasa di tengah-tengah Kota London.

“Mereka tidak membenarkan saya masuk. Mereka berkata mereka menerima arahan dari Naypyitaw, jadi mereka tidak membenarkan kami masuk.

“Ini adalah rampasan kuasa. Ini adalah United Kingdom. Kami tidak di Myanmar atau Burma. Mereka tidak layak melakukan ini. Kerajaan British tidak akan membenarkan perkara ini berlaku, anda akan lihat,” katanya.

Zwar Minn sebelum ini mengisytiharkan tidak menyokong rampasan kuasa tentera dan menggesa pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi dibebaskan.

Beliau juga pernah bertemu Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab dan mengutuk tindakan junta tentera Myanmar.

Kyaw Zwar Min berjalan keluar selepas gagal memasuki kedutaan Myanmar di Mayfair, London. – Gambar PA

Berita berkaitan
Panggil pulang duta di Sweden, PAS gesa kerajaan campuran
July 3, 2023· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
February 14, 2023· Isu semasa
Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri
February 12, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok