Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang

February 14, 2023 · Isu semasa

Lantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dibuat semasa pentadbiran Perdana Menteri terdahulu, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri yang baru-baru ini dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) memberitahu dipilih semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri sejak Februari tahun lepas lagi dan hanya diluluskan pada September.

“Tapi penjelasan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengatakan saya dipi­lih bukan waktu beliau (menjadi PM, saya di­pilih oleh Jemaah Menteri pada Februari tahun lepas, betullah Perdana Menteri kata (pemilihan) setahun lepas.

“Jemaah Menteri pilih saya, setahun lalu kemudian nama saya dihantar April tahun lepas dan pada September tahun le­pas baru dilulus. Penjelasan PM bermakna pelantikan ini bukan berdasarkan favouritisme, bukan beliau yang pilih saya, bukan beliau yang memulakan proses pelantikan ini tapi zaman Datuk Seri Ismail Sabri, jadi jelaslah, tiada pilih kasih, terima kasih Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Nazri juga mendedahkan beliau ada mengadakan pertemuan dengan Anwar mengenai pelantikan sebagai duta ke AS, Disember lalu.

“Dalam pertemuan itu, saya ada beritahu sebagai sahabat dan sebagai kawan, saya kata kalau beliau merasakan pelantikan saya ini mendatangkan beban kepada beliau, jangan lantik saya. Ini memang saya beritahu dia.

“Ya, saya teruja, seronok, gembira apatah lagi beliau PM tapi saya beritahu kalau pelantikan saya ini menjejaskan kredibiliti beliau, menjejaskan kerja beliau, jangan lantik saya, itu saya ada beritahu dia,” katanya lagi.

Nazri berkata, dia akan ke AS sebaik sahaja mendapat arahan.

Kementerian Luar Negeri mengumumkan bahawa Nazri telah dilantik sebagai duta Malaysia ke AS.

Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat kritikan daripada orang ramai dan sesetengah pemimpin yang berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok