Kanak-kanak Sydney kembali ke sekolah setelah 4 bulan dikurung

October 18, 2021 · Dunia

Ribuan kanak-kanak di Sydney hari ini kembali ke sekolah setelah hampir empat bulan menjalani perintah berkurung susulan langkah negeri New South Wales (NSW) melonggarkan lebih banyak sekatan setelah kadar vaksinasi di negara itu sudah mencapai sasaran 70 peratus.

Selain itu, pemakaian pelitup muka juga tidak lagi diwajibkan di pejabat dan perjumpaan dalam kumpulan yang lebih besar akan dibenarkan di rumah dan di kawasan awam, setelah 80 peratus individu berusia 16 tahun ke atas lengkap divaksinasi menjelang hujung minggu ini.

“Perjalanan masih panjang, ini belum berakhir. Orang ramai perlu mematuhi peraturan kesihatan yang ditetapkan,” jelas Ketua Menteri, Dominic Perrottet.

Selain itu, kedai, gimnasium, pub dan kelab malam dibenarkan beroperasi dengan lebih ramai pelanggan lengkap vaksinasi dibenar masuk.

Pembukaan semula sekolah di Sydney hari ini dilakukan secara berperingkat hanya bagi mereka yang berada di tadika, manakala bagi sekolah rendah dan menengah pula dijadual dibuka minggu depan.

NSW hari ini merekodkan 265 jangkitan baharu Covid-19, terendah dalam tempoh 10 minggu.

Manakala negeri jirannnya, Victoria melaporkan 1,903 kes baharu, meningkat daripada semalam sebanya 1,838 kes.

Pihak berkuasa Australia semalam memaklumkan bandar raya Melbourne akan dibuka semula apabila kadar vaksinasinya mencecah 70 peratus. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok