Jangkitan Covid-19 melonjak: Bangkok perketat sekatan pergerakan

July 24, 2021 · Dunia

Thailand hari ini mengambil langkah menutup beberapa lagi tempat awam, termasuk taman, di ibu kota Bangkok setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes baharu jangkitan Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Tindakan mengetatkan lagi sekatan pergerakan itu dibuat setelah Perdana Menteri Thailand Prayut Cha-o-cha mendesak pihak bertanggungjawab melakukan persediaan mencukupi bagi merawat pesakit di hospital, susulan kematian mereka yang dijangkiti Covid-19 di beberapa jalan utama di Bangkok.

Kementerian Kesihatan Thailand semalam melaporkan sebanyak 14,575 kes jangkitan baharu dan 114 pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kes kematian sejak Mac tahun lalu sebanyak 3,811 kes.

Peningkatan kes kematian bermula sejak April lalu susulan penyebaran varian Delta yang semakin meluas dan pantas di seluruh wilayah di Thailand.

Bangkok mencatatkan jumlah lonjakan kes kerana populasinya yang tinggi mencapai kira-kira 15 juta penduduk.

Prayut sebelum ini dikritik hebat kerana ramai rakyat negara itu yang meninggal dunia di jalanan dan di rumah sebelum sempat menerima rawatan Covid-19.

Beliau juga dikatakan tidak menguruskan peningkatan kes di negara itu dengan cepat dan lambat melaksanakan program vaksinasi sedangkan ketika itu varian Delta sudah mula tersebar.

“Yang paling penting, kita harus memikirkan cara untuk mengurangkan jumlah kes harian daripada menunggu ambulans di rumah atau di jalanan.

“Ini adalah tanggungjawab bagi semua agensi, bukan hanya Kementerian Kesihatan sahaja. Beberapa agensi yang terlibat perlu mencari cara untuk membawa pesakit itu ke hospital,” katanya.

Ketua Unit Bantuan Bencana Yayasan Poh Teck Tung, Somboon Kwan-on memaklumkan dalam wawancara di telefon bahawa pasukannya telah mengumpul lapan hingga 10 pesakit Covid-19 setiap hari yang meninggal dunia di jalan atau rumah.

Thailand sebelum ini menyediakan bilik rawatan isolasi bagi mereka yang didapati positif Covid-19 namun ia tidak mencukupi.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Covid-19, Apisamai Srirangsan memaklumkan hari ini terdapat hampir 4,000 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 900 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 20,000 pesakit di Bangkok yang masih menunggu untuk ditempatkan di bilik rawatan intensif Covid-19, tidak termasuk lebih 2,500 lagi yang masih berada di rumah.

Sebanyak 70 orang pesakit berada dalam keadaan kritikal, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok