Indonesia tarik balik larangan umrah

January 13, 2022 · Dunia

Syarikat penerbangan Indonesia – Garuda – membuka semula penerbangan antarabangsa untuk jemaah umrah mulai semalam, susulan penarikan balik larangan oleh pemerintah republik itu baru-baru ini.

“Penerbangan sulung umrah di tengah-tengah tempoh penyesuaian baharu itu akan menyaksikan Garuda membawa sekurang-kurangnya 257 jemaah menerusi penerbangan terus Jakarta ke Madinah,” kata Presiden Garuda, Irfan Setiaputra.

Syarikat penerbangan itu merancang menyediakan dua penerbangan seminggu pada Rabu dan Sabtu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Garuda Indonesia mengendalikan armada Airbus A330-300 yang boleh membawa 24 penumpang kelas perniagaan dan 263 penumpang kelas ekonomi.

Irfan bagaimanapun menjelaskan, semua jemaah umrah perlu memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan Riyadh seperti vaksinasi lengkap dan ujian Covid-19 sepanjang berada sementara di Asrama Haji Pondok Gede dengan keputusan dikongsi bersama kerajaan Arab Saudi.

Kumpulan yang akan menaiki penerbangan sulung itu telah menunggu selama dua tahun untuk menunaikan umrah, setelah penularan varian Delta di Indonesia mengganggu banyak sektor.

Sementara itu, Ketua Pengarah Haji dan Umrah di Kementerian Hal Ehwal Agama, Hilman Latief meminta semua jemaah berkenaan supaya mematuhi protokol Covid-19 yang ditetapkan ketika berada di Arab Saudi.

“Jemaah umrah mesti mematuhi protokol kesihatan kerana pandemik Covid-19 belum berakhir,” katanya.

Indonesia menarik balik larangan mengerjakan umrah bermula 8 Januari lalu, selepas menangguhkannya susulan penularan varian baharu Omicron.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Haji dan Umrah Indonesia (Himpun), Budi Darmawan pula berkata semua jemaah akan menaiki penerbangan terus dari Jakarta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Selepas tiba di Madinah, jemaah umrah dikehendaki menjalani kuarantin selama lima hari dan hanya dibenarkan bertolak ke Makkah sekiranya memperoleh ujian negatif Covid-19.

Sebelum penerbangan pulang, jemaah akan menjalani satu lagi ujian PCR Covid-19, dan mereka akan dikuarantin di Asrama Haji di Pondok Gede, Jakarta Timur, sebaik tiba di Indonesia, katanya.

Sebelum ini, pemerintah Republik Indonesia tidak membenarkan mana-mana individu yang dijangkiti varian baharu Covid-19, Omicron, menjalani kuarantin kendiri di rumah atau kediaman.

Langkah itu bertujuan menghalang varian berkenaan merebak dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti, disebabkan Omicron adalah varian yang paling pantas menjangkiti dan menular.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) Dr Siti Nadia Tarmizi dilaporkan berkata semua individu yang dijangkiti varian Omicron diasingkan di kemudahan disediakan, bukan kuarantin sendiri. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok