Indonesia sambung PPKM Darurat hingga akhir Julai

July 18, 2021 · Dunia

Presiden Joko Widodo memutuskan untuk menyambung perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’ sehingga 31 Julai susulan peningkatan kes Covid-19 yang semakin parah.

Menteri Penyelaras Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy berkata perkara itu dimaklumkan presiden pada mesyuarat Kabinet yang diadakan secara maya.

“Presiden memutuskan untuk menyambung tarikh PPKM Darurat sehingga hujung bulan Julai,” katanya.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan reakrasi ditutup.

Pada awalnya, sekatan darurat dilaksanakan di seluruh Pulau Jawa dan Bali dan akan berakhir pada 20 Julai bertepatan sambutan Aidiladha, namun PPKM darurat itu diperluaskan ke seluruh Indonesia susulan peningkatan kes Covid-19.

Muhadjir berkata dengan perlaksanaan PPKM Darurat, kerajaan dapat mencapai keseimbangan antara penguatkuasaan peraturan kesihatan di tempat awam dan memastikan saluran bantuan sosial dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

Selain itu, kerajaan telah mengumumkan larangan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kawasan PPKM Darurat untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Majlis Korban hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan dan dilakukan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab serta penderma.

Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas memberitahu, daging korban tersebut hendaklah diberikan kepada penerima yang ditetapkan secara agihan supaya tidak menimbulkan masalah.

Katanya, orang ramai masih boleh melakukan solat Aidiladha dan takbir di rumah mereka sendiri.

“Pihak kami melarang orang ramai untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidiladha kali ini adalah kerana peningkatan jangkitan Covid-19 yang semakin menular dan kami berharap orang ramai dapat memahami situasi ini,” katanya.

Katanya, kementeriannya akan berkerjasama dengan organisasi Islam yang lain seperti Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai larangan sambutan Aidiladha di wilayah PPKM Darurat.

Beliau turut meminta umat Islam terutamanya di wilayah PPKM Darurat untuk patuh kepada arahan kerajaan untuk mencegah jangkitan baru dan kematian akibat Covid-19.

Jumaat lalu, kenaikan kes telah meningkat ke paras tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kematian melebihi rekod sebelumnya iaitu 1,040 kematian pada 7 Julai lalu.

Semalam, Indonesia melaporkan 1,025 kes kematian dan menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 71,000.

Kementerian Kesihatan Indonesia dalam kenyataannya semalam berkata, sebanyak 54,517 kes jangkitan baharu yang dilaporkan dan ini merupakan kes harian tertinggi yang direkodkan sejak Covid-19 melanda negara itu pada Mac tahun lalu dan jumlah keseluruhan kes direkodkan adalah sebanyak 2.78 Juta.

Namun begitu, angka tersebut hanyalah perkiraan konservatif kerana hasil ujian yang tidak mencukupi di luar wilayah dari Jakarta. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok