Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun

November 1, 2021 · Dunia

Badan Pengawasan Makanan dan Ubat-ubatan (BPOM) Indonesia meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac Biotech Covid-19, kepada kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.

Pada masa sama, Indonesia juga menjadi negara pertama di dunia meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Covovax – keluaran Novavax yang dikilangkan di Institut Serum India – yang menggunakan teknologi berbeza daripada vaksin yang ada sekarang.

Dalam kenyataan hari ini BPOM berkata langkah itu diambil sesuai dengan keputusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.

Sehingga hari ini, Indonesia memberi vaksin buatan China itu hanya kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas. Negara itu dilaporkan mempunyai sehingga 200 juta dos vaksin Sinovac.

Ketua BPOM, Dr Penny K Lukito memberitahu sidang media hari ini kelulusan penggunaan vaksin itu adalah ‘berita gembira’.

“Kami yakin vaksinasi kanak-kanak adalah perkara utama, terutama sekarang ini apabila proses pembelajaran bersemuka telah bermula,” katanya.

Kelulusan itu diberi setelah Indonesia terbabit dalam kajian klinikal sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadia Tarmizi berkata program vaksinasi kepada kanak-kanak hanya akan bermula awal tahun depan, sementara menunggu cadangan daripada persatuan pediatrik.

Sementara itu, syarikat bioteknologi Novavax berkata vaksin dua dos Covovax tidak memerlukan suhu penyimpanan yang sangat sejuk seperti yang diperlukan oleh beberapa vaksin lain, yang boleh membolehkannya memainkan peranan penting dalam meningkatkan bekalan di negara-negara miskin di seluruh dunia.

Novavax berkata penghantaran awal ke Indonesia dijangka akan bermula tidak lama lagi. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok