Indonesia lulus Regkirona Korea Selatan rawat pesakit Covid-19

July 21, 2021 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia dilapor meluluskan penggunaan vaksin baharu buatan syarikat farmaseutikal Korea Selatan, Celltrion Ltd, – Regkirona – untuk merawat pesakit Covid-19 – Sabtu lalu.

Menurut syarikat bioteknologi itu Badan Pemantau Makanan dan Ubat-Ubatan (BPOM) Indonesia mengumumkan kelulusan untuk vaksin Regkirona bagi kegunaan kecemasan (EUA) merawat pesakit Covid-19 tahap sederhana dan teruk.

Awal minggu ini, Celltrion mengumumkan bahawa ujian haiwan memberi hasil memberangsangkan yang mengesahkan keberkesanan Regkirona terhadap varian Delta.

Regkirona mampu membantu mencegah penularan meluas Covid-19 di Indonesia, kata Celltrion dalam kenyataannya.

Semalam Indonesia melaporkan kematian tertinggi harian akibat Covid-19 dengan 1,338 pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu kepada 74,920.

Negara itu juga melaporkan 34,257 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan kes yang dikesan sejak awal pandemik itu Februari tahun lalu kini mencecah 2.91 juta.

“Oleh kerana Regkirona telah membuktikan keberkesanannya, ia mendapat izin penggunaan kecemasan dari Badan Pemantau Makanan dan Ubat-Ubatan Indonesia.

“Dengan kelulusan itu, kami menjangkakan eksport Regkirona akan meningkat lebih jauh dan Celltrion akan melakukan semua usaha untuk menyediakan bekalan secepat mungkin,” kata jurucakap Celltrion hari ini sambil menambah vaksin itu juga mampu menghalang varian Gamma.

Dalam kajian itu, syarikat tersebut menyuntikkan Regkirona kepada 55 tikus makmal yang dijangkiti varian Gamma.

Berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak menerima ubat, syarikat mengesahkan kesan peningkatan klinikal, termasuk penurunan yang signifikan dalam larutan virus dan penurunan berat badan kumpulan yang dirawat dengan Regkirona, menurut Celltrion.

Baru-baru ini, Celltrion selesai mendaftarkan sejumlah 1,300 pesakit dari 13 negara termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat, Sepanyol, dan Romania dengan ujian klinikal tahap III dan sedang menganalisis datanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok