Indonesia lapor 51,952 kes baharu hari ini, 1,092 kematian

July 17, 2021 · Dunia

Indonesia hari ini melaporkan 51,952 jangkitan baharu Covid-19 dan 1,092 kematian, turun sedikit daripada 54,517 kes yang dilapor pada Jumaat sehingga republik itu diletakkan sebagai negara pertama mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi di dunia oleh laman sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/.

Namun, tatkala negara itu sedang berdepan peningkatan kes dan ancaman varian Delta Covid-19, pemerintah belum pasti sama ada akan melanjutkan atau tidak perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’, khusus di wilayah Pulau Jawa yang paling padat penduduk.

Menteri Kanan Indonesia Luhut Pandjaitan berkata pemerintah sedang mempertimbangkan sama ada untuk tidak menyambung PPKM Darurat yang akan berakhir 20 Julai ini atau menyambungnya.

“Mengurangkan pergerakan tidak bermakna kes akan turun. Kami sedang mempertimbangkannya… sama ada untuk melanjutkannya atau tidak. Keputisan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya yang juga Menteri Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Indonesia pada sidang media maya hari ini.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan reakrasi ditutup.

Didorong oleh kepantasan penularan varian Delta, Indonesia menyaksikan peningkatan kes baharu hari demi hari berbanding negara-negara lain. Negara itu berada di tempat kedua selepas Brazil dalam kes kematian.

“Dari lubuk hati saya, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Indonesia sekiranya (dasar pemerintah) tidak optimum,” kata Pandjaitan.

Indonesia pada awal bulan ini telah mengurangkan prospek Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tahun setelah mengambil kira sekatan tersebut.

Menteri Kewangan Sri Mulyani memaklumkan Indonesia akan menambah anggaran peruntukan pemulihan Covid-19 menjadi 744.74 trilion rupiah (AS$51.38 bilion) daripada 699.43 trilion rupiah. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok