Indonesia catat kes kematian terendah dalam tempoh enam bulan

September 27, 2021 · Dunia

Republik Indonesia semalam mencatatkan kes kematian harian akibat Covid-19 terendah dalam tempoh enam bulan dan jumlah jangkitan paling sedikit dalam lebih satu tahun.

Negara itu semalam merekodkan 86 kematian berkaitan Covid-19, jumlah terendah sejak 27 Mac, menjadikan keseluruhannya 141,467 kes, menurut data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI).

Kali terakhir Indonesia merekodkan angka harian rendah di bawah 100 kematian ialah pada 13 Mei lalu iaitu membabitkan 99 pesakit.

Secara purata, negara itu merekodkan lebih 1,000 kematian dalam tempoh 36 hari sejak 16 Julai tatkala penularan meluas varian Delta.

Semalam, Indonesia melaporkan 1,760 jangkitan baharu – terendah sejak 19 Ogos lalu – menjadikan keseluruhannya 4,208,013 kes positif Covid-19 dicatat di negara keempat di dunia paling padat penduduk.

Bagaimanapun, jumlah kes biasanya turun pada setiap hujung minggu susulan ujian saringan kurang dilakukan.

Sehingga semalam juga, Indonesia melaporkan sebanyak 42,769 kes masih aktif atau satu peratus daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan sejak awal tahun lalu.

Sementara itu, 86.5 juta daripada keseluruhan lebih 227 juta penduduk negara itu menerima suntikan vaksin Covid-19. Daripada jumlah itu, 48.5 juta lengkap divaksinasi.

Menurut KKRI, 42 daripada 100 individu yang disasarkan telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok