Gempa 6.4 magnitud landa Timor Timur, amaran tsunami dikeluarkan

May 27, 2022 · Dunia

Gempa bumi kuat melanda pantai Timor Timur, hari ini (27 Mei) yang turut dirasai di Darwin, Australia, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di Lautan Hindi, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berukuran 6.4 magnitud berlaku berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan melanda kira-kira 29 kilometer tenggaraLospalos di Timor Timur, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterania.

Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) turut mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah itu.

Kumpulan penasihat tsunami turut menyatakan gempa bumi itu mungkin berupaya menghasilkan gelombang tsunami hingga boleh menjejaskan rantau Lautan Hindi.

Gempa berlaku pada 11.36 pagi waktu tempatan (12.06 tengah hari waktu Darwin), menurut Geosciences Australia, dan mendorong ratusan penduduk di ibu kota Dili meninggalkan bangunan.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, tetapi saksi berkata gempa bumi itu dirasai dengan kuat. Klip video yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai bertempiaran lari dari pusat beli-belah di Dili.

Timor Timur dengan populasi 1.3 juta orang adalah negara termuda di Asia Tenggara yang baru meraikan ulang tahun ke-20 kemerdekaannya, terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menjadikan ia sering mengalami gempa bumi.

Pada Februari lalu, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud mengorbankan sejumlah orang apabila ia melanda Sumatera Utara, Indonesia.

Pada tahun 2004, gempa bumi berukuran 9.1 magnitud melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di seluruh wilayah itu, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia. – Agensi

 

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok