EURO 2020: England bakal beraksi tanpa penyokong tegar

July 1, 2021 · Dunia

Kemenangan 2-0 ke atas Jerman Selasa lalu di Wembley membolehkan England melangkah menjadi antara lapan pasukan terakhir yang akan beraksi pada suku akhir kejuaraan EURO 2020, dalam situasi pandemik Covid-19 belum reda.

Namun, kegembiraan untuk berdepan satu lagi pasukan layak ke suku akhir dan dianggap mudah, Ukraine yang menundukkan Sweden 2-1 di Glassgow dua hari lalu, pudar apabila bakal beraksi tanpa penyokong tegarnya di Rom, Itali.

Ini susulan peraturan ketat kesihatan Itali yang mensyaratkan pengembara luar menjalani kuarantin lima hari apabila memasuki negara itu, sekali gus bakal menyulitkan penyokong England Ahad ini (waktu Malaysia).

Malah penyokong tegar ‘The Three Lions’ itu sudah dinasihatkan supaya tidak ke Itali kerana sekatan ketat Covid-19 yang dikenakan ke atas mereka.

Persatuan Bolasepak England (FA) layak memperoleh 2,560 tiket atau 16 peratus daripada sejumlah 16,000 penonton yang dibenar memasuki Stadium Olimpico di Rom pada aksi kalah mati itu.

FA berkata mereka akan bekerjasama dengan penganjur EURO 2020 dan kedutaan Britain di Rom untuk ‘memudahkan’ penjualan tiket kepada peminat England yang tinggal di Itali.

Kerajaan Britain juga menasihatkan peminat ‘The Three Lions’ tidak berkunjung ke Itali, sebuah negara yang diletakkan dalam ‘senarai amber’ Covid-19, yang memerlukan mereka dikuarantin selama 10 hari apabila pulang ke United Kingdom.

Britain menyaksikan peningkatan kes harian Covid-19 susulan penularan varian Delta yang pertama kali ditemui di India, walaupun berjaya dalam program imunisasinya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok