Durian cetus amaran kecemasan ‘gas bocor’

October 15, 2021 · Dunia

Anggota bomba dan penyelamat dikerah ke sebuah pasar raya di ibu negara Australia, Canberra, setelah menerima laporan kebocoran gas, hanya untuk mengetahui bahawa bau itu disebabkan oleh durian.

Pasukan tindakan kecemasan pula mengarahkan orang ramai untuk berada jauh dari kawasan itu tatkala mereka mencari sumber kepada bau di pasar raya Dickson.

“Selepas sejam melakukan pemeriksaan, pasukan kecemasan Canberra berkata pemilik premis di atas kedai memberitahu kemungkinan punca kejadian.

“Ianya bukan kebocoran gas, sebaliknya bau durian. Buah itu mengeluarkan bau yang sangat kuat dan boleh tersebar jauh,” kata jurucakap pasukan kecemasan itu.

Tumbuh di seluruh Asia Tenggara yang beriklim tropika, peminat menyukai ‘raja buah’ kerana rasanya yang manis dan tekstur berkrim.

Namun, sesetengah individu tidak menggemarinya kerana bau yang kuat. Kebanyakan hotel mengharamkan durian dibawa masuk ke premis mereka kerana baunya yang kuat. – Agensi

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Lebih mudah DAP perjuang pekebun durian haram Raub selepas bersama UMNO: Jasri
June 16, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok