Britain rekod 32,181 jangkitan baharu Covid-19

September 1, 2021 · Dunia

Sebanyak 32,181 warga Britain disahkan positif Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan di negara itu melonjak kepada 6,789,581 kes, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Selasa.

Negara itu turut melaporkan 50 pesakit Covid-19 meninggal dunia. Jumlah keseluruhan kes kematian di Britain kini adalah 132,535 kes.

Data terbaharu itu hadir tatkala pakar daripada Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) bersiap untuk membuat keputusan akhir mengenai kempen suntikan penggalak.

Pakar JCVI itu juga akan menyediakan garis panduan sama ada kerajaan akan menawarkan vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 12 dan 15 tahun, sebagaimana dilaksanakan beberapa negara lain.

Kerajaan British dilaporkan membuat persediaan bagi melaksanakan program vaksin penggalak mulai bulan depan, sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tindakan itu akan menyebabkan bekalan vaksin ke negara lain akan mengalami kelewatan.

Awal bulan ini, WHO meminta moratorium suntikan penggalak vaksin Covid-19 untuk membantu meringankan ketidaksamaan taburan dos antara negara kaya dan miskin.

Bagaimanapun, ketika taklimat pada Isnin, Pengarah Wilayah WHO bagi Eropah, Hans Kluge berkata suntikan vaksin penggalak adalah cara untuk menjaga keselamatan yang paling rentan.

“Dos ketiga bukan vaksin penggalak menunjukkan kemewahan, diambil daripada individu yang masih menunggu suntikan pertama. Ini pada dasarnya adalah cara untuk menjaga keselamatan yang paling rentan,” katanya.

Lebih 88 peratus individu berusia 16 tahun ke atas di Britain menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala lebih 78 peratus lagi melengkapkan dos kedua.

Bagi mengembalikan kehidupan kepada keadaan normal, negara seperti Britain, China, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk melengkapkan pemberian vaksin kepada rakyat mereka. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok