Bali ‘mati’ lagi tahun depan jika tiada pelancong asing: Persatuan

November 22, 2021 · Dunia

Bali masih lenggang dan tidak dikunjungi pelancong asing walaupun ianya sudah dibuka semula kepada pengembara antarabangsa baru-baru ini.

Pengerusi Badan Persatuan Serantau Agensi Pelancongan Indonesia Bali, Putu Winastra memaklumkan sehingga kini tiada penerbangan antarabangsa yang direkodkan di Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Jelasnya, hampir sebulan lebih Bali dibuka semula untuk pelancong asing, tetapi masih tiada sambutan.

“Sehingga sekarang, kedatangan pelancong asing ke Bali adalah sifar. Mengapa hal ini terjadi? Pasti ada perlaksanaan peraturan yang tidak menepati kriteria dalam pembukaan semula pulau itu.

“Kehadiran pelancong domestik juga sudah tidak semeriah dulu, mungkin kerana mereka masih bimbang dengan jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Putu menjelaskan, isu permohonan e-visa yang disifatkan ‘longgar’ menjadi antara salah satu sebab ketidakhadiran pelancong asing ke Bali, selain kuota visa itu hanya disediakan untuk 1,500 orang sehari.

Tambahnya, angka itu terlalu sedikit, selain pihak berkuasa kesihatan Indonesia juga mewajibkan pelancong asing yang tiba di Bali menjalani kuarantin selama tiga hari di hotel dan itu dianggap sebagai ‘buang masa’.

Selain itu, isu lain yang dikaitkan kerana tiada penerbangan terus dari Eropah ke Bali, mengakibatkan jumlah penerbangan ke pulau peranginan itu menjadi sangat terhad.

Sehubungan itu, Putu meminta kerajaan Indonesia untuk menilai semula perlaksanaan peraturan yang ditetapkan bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke Bali dengan kadar segera.

“Jangan biarkan Bali ‘mati sekali lagi’ pada tahun hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Indonesia semalam melaporkan 314 kes baharu dan 11 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kumulatif kes di negara itu terus meningkat hampir ke 4.3 juta dengan 143,739 korban sejak 2 Mac tahun lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok