AstraZeneca keluaran Thailand diiktiraf WHO

October 21, 2021 · Dunia

Vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca keluaran Thailand sudah diluluskan dan berkuat kuasa serta-merta di bawah peraturan Senarai Kegunaan Kecemasan (EUL) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Syarikat biofarmasetikal AstraZeneca dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak WHO sudah mengiktiraf EUL kepada vaksin keluarannya, yang membolehkan vaksin itu dapat digunapakai di peringkat global sejak pandemik ini bermula menular pada Februari lalu.

Menurutnya, pengiktirafan EUL itu sudah diperluaskan ke serata dunia termasuk kepada dos vaksin yang dikeluarkan oleh rakan pengeluar AstraZeneca di negara itu, iaitu Siam Bioscience dengan meluluskan vaksin AstraZeneca atau Vaxzeria adalah produk dari pengeluar yang sama.

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr. Sanjeev Panchal memberitahu penyenaraian vaksin oleh WHO adalah berita baik untuk rakyat di negara ini dan masyarakat dunia.

“Dengan itu, ia akan meningkatkan keyakinan pihak kerajaan untuk meluluskan penggunaan vaksin itu dan membolehkan orang ramai melancong semula, menghubungkan semula hubungan kekeluargaan, membuka sektor ekonomi dan keadaan akan kembali normal seperti sedia kala,” jelasnya.

Pengarah Kehormat Komunikasi Korporat Siam Bioscience Company Limited, Nualphan Lamsam memaklumkan semua jenis vaksin Covid-19 AstraZeneca yang dikeluarkan syarikatnya menjalani ujian kualiti yang ketat dan diperakui oleh para pengawal selia dan makmal antarabangsa di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Siam Bioscience berbesar hati kerana terpilih oleh AstraZeneca sebagai rakan pengeluar tempatan syarikat berkenaan. Kami amat berbangga dan berpuas hati kerana dapat menghasilkan vaksin Covid-19 yang berkualiti tinggi, dan diiktiraf oleh WHO.

“Siam Bioscience dan AstraZeneca akan tetap berkerjasama untuk menghasilkan dos-dos vaksin untuk kesejahteraan penduduk Thailand dan rantau ini, bagi mengembalikan situasi kepada normal semula.” katanya.

Pengeluaran vaksin itu di seluruh dunia dilakukan menggunakan proses pengeluaran ketat dan setiap proses melepasi hampir 60 ujian kualiti sebagai sebahagian daripada proses jaminan kualiti di dunia.

Sehingga kini, lebih 1.5 billion dos vaksin AstraZeneca sudah diagihkan kepada lebih 170 negara dan dianggarkan dua pertiga daripada dos tersebut sudah dihantar ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Hari ini, dalam tempoh 24 jam, Thailand merekodkan 9,727 kes jangkitan dan 73 kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka kumulatif kes di negara itu mencecah lebih 1,821,579 dengan 18,559 kematian direkodkan sejak wabak ini mula menular di negara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok