ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara

June 12, 2022 · Dunia

Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawang ASEAN, para menteri berkata perkembangan membimbangkan ini mencerminkan ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing serta mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan di dunia, lapor Bernama.

Menteri-menteri luar ASEAN menggesa Korea Utara meredakan ketegangan dan mengelakkan segala tindakan yang mungkin memburukkan keadaan serta mematuhi semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.

Usaha diplomatik, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi dialog antara semua pihak yang berkenaan harus kekal menjadi keutamaan.

Menteri-menteri luar ASEAN juga bersedia memainkan peranan membina, termasuk melalui penggunaan mekanisme yang diterajui ASEAN, seperti Forum Serantau ASEAN bagi mencari penyelesaian secara aman untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan pada Isnin sebagai tindak balas terhadap lapan peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara Ahad lalu.

Berita berkaitan
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022· Dunia
Ukraine bertindak putus hubungan diplomatik dengan Korea Utara
July 14, 2022· Dunia
Senjata diguna penyerang Abe diuji sebelum ditembak
July 11, 2022· Dunia
Lapan peluru berpandu diuji Amerika, Korea Selatan
June 6, 2022· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok