AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine

July 23, 2022 · Dunia

Rumah Putih pada Jumaat mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan pakej bantuan keselamatan tambahan bernilai US$270 juta kepada Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan, bantuan baharu itu termasuk empat “Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi” (HIMARS) dan peluru, empat kenderaan perisai, senjata antiperisai serta 580 sistem taktikal udara “Phoenix Ghost”, lapor Xinhua.

Sebahagian daripada pakej itu, berjumlah US$175 juta, akan terus diluluskan Presiden Joe Biden di bawah kuasa pengeluaran presiden (PDA), menurut Pentagon, baki US$95 juta pula menerusi Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine menerusi dana Jabatan Pertahanan ( USAI).

Meskipun senjata yang diluluskan oleh PDA diambil terus daripada stok sedia ada Pentagon ia berada di bawah kuasa USAI kerana kerajaan AS memperoleh senjata daripada industri melalui kontrak.

Pengumuman pakej baharu itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine kira-kira US$8.2 bilion sejak pentadbiran Biden.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu· Politik
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok