Arab Saudi tahan 13,265 rakyat asing dalam tempoh seminggu lalu

April 17, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Arab Saudi menahan kira-kira 13,265 rakyat asing yang didapati melanggar undang-undang residen dan buruh serta peraturan keselamatan sempadan di pelbagai wilayah dalam tempoh seminggu lalu.

Tangkapan itu dibuat ketika kempen besar-besaran yang dijalankan oleh pelbagai unit pasukan keselamatan dan Direktorat Am Pasport (Jawazat) dalam tempoh 7 hingga 13 April lalu.

Mereka yang ditangkap, termasuk 8,490 individu yang melanggar undang-undang residensi, kira-kira 3,147 membabitkan peraturan keselamatan sempadan, dan lebih daripada 1,628 lagi berkaitan undang-undang buruh.

Sebanyak 377 individu telah ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan untuk memasuki Arab Saudi, di mana 39 peratus daripadanya adalah warga Yaman, 39 peratus (Ethopia), dan 22 peratus adalah warganegara lain.

Seramai 34 warga asing turut ditangkap ketika cuba keluar dari Arab Saudi.

Pasukan keselamatan turut menahan sembilan rakyat tempatan yang terlibat dalam mengangkut pesalah dan memberi perlindungan kepada mereka.

Jumlah keseluruhan pesalah, yang kini tertakluk kepada tindakan hukuman, berjumlah lebih 93,877 termasuk lebih 88,070 lelaki dan 5,807 wanita, manakala kes 81,853 kes dirujuk kepada kedutaan masing-masing untuk mendapatkan dokumen perjalanan bagi pengusiran mereka.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memberi amaran sesiapa yang ditangkap membantu mana-mana individu memasuki negara itu secara haram dan melanggar peraturan keselamatan sempadan, atau memberinya pengangkutan atau perlindungan atau sebarang bantuan atau perkhidmatan dalam apa cara sekalipun, akan dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Mereka juga akan didenda sehingga SR1 juta, manakala kenderaan serta kediaman yang digunakan untuk memberi perlindungan juga akan dirampas. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok