Al-Qassam atur kedudukan, Israel hantar tentera ke sempadan Gaza

May 14, 2021 · Dunia

Rejim Zionis Israel bakal mengakhiri pertempuran dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza secepat mungkin – alasan diberikan ialah ancaman pertembungan pendatang Yahudi dan warga Israel berbangsa Arab di dalam negara yang sudah tidak terkawal.

Akhbar Israel, Haarets melaporkan rejim itu juga mungkin mengubah pendirian untuk menerima gencatan senjata dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), namun tetap membuat persediaan untuk melancarkan serangan besar-besaran.

Haarets juga melaporkan sementara menunggu arahan, tentera rejim sedang bersiap untuk meningkatkan serangan di Semenanjung Gaza sebelum menghentikannya.

Awal hari ini waktu Timur Tengah, Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam), sayap tentera Hamas, mencabar rejim Israel menggerakkan seluruh tentera Zionis dan menyerang Palestin jika ingin melihat kehancuran lebih besar di kalangan askar rejim itu.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah yang menyifatkan serangan balas pejuang Palestin ke atas rejim Israel lebih mudah daripada mereka minum air, turut memaklumkan pejuang Al-Qassam sudah membuat persediaan untuk bertempur.

“Dalam perbincangan antara pegawai pertahanan tertinggi Israel baru-baru ini, mereka menilai keganasan di kawasan Lod, Bat Yam, Acre dan bandar-bandar lain di dalam negara lebih menimbulkan ancaman keselamatan yang tidak kurang hebatnya daripada pertempuran di Semenanjung Gaza.

“Setakat ini, Israel menolak beberapa tawaran gencatan senjata, tetapi sumber mengatakan bahawa keganasan di dalam Israel sendiri mungkin memaksa rejim itu untuk mempertimbangkan semula tawaran berkenaan,” lapor Haarets yang memetik sumber.

Pendirian itu dijangka berubah susulan ketegangan di jalanan membabitkan pendatang haram Yahudi dan warga Israel berbangsa Arab berlaku setiap hari, dengan rumah ibadat diserang dan pergaduhan tercetus di tengah-tengah komuniti.

Akhbar itu memetik pegawai pertahanan rejim Zionis Israel sebagai mendakwa infrastruktur ketenteraan dan politik Hamas telah menerima tamparan hebat sejak pertempuran bermula awal minggu ini.

Bagaimanapun, akhbar itu menyatakan rejim Israel telah menggerakkan pasukan tentera daratnya ke sempadan Semenanjung Gaza, sekali gus menimbulkan kebimbangan antarabangsa kemungkinan berlaku pertempuran sengit kerana pada masa sama pejuang Palestin turut membuat persediaan besar-besaran.

Susulan itu, Washington menghantar utusan khasnya, Hady Amr ke Tel Aviv bagi menghentikan pertempuran kedua-dua pihak, sementara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula akan mengadakan mesyuarat tergempar Ahad ini.

Mesyuarat membabitkan Menteri-Menteri Luar OIC itu akan membincangkan mengenai serangan berterusan rejim Israel ke atas wilayah Palestin sejak Isnin lalu.

Presiden Israel, Reuven Rivlin pula menggesa pertempuran itu dihentikan.

“Kita sedang terancam dengan serangan roket yangdilancarkan ke atas warganegara dan jalan kita, dan kita sibuk dengan perang saudara yang tidak masuk akal di antara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok