Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

April 2, 2022 · Dunia

Dua tahun lalu, pada kemuncak gelombang awal pandemik Covid-19, umat Islam di seluruh dunia terpaksa meraikan bulan suci Ramadan di bawah perintah berkurung.

Mereka tidak berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga besar dan menikmati tradisi berbuka puasa bersama-sama, apatah lagi peluang untuk berziarah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Kini, susulan vaksinasi besar-besaran, banyak sekatan telah dilonggarkan, termasuk peraturan penjarakan fizikal, larangan perjalanan ditarik balik, dan keadaan normal mula kembali dalam kehidupan seharian.

Berikutan itu, ramai umat Islam di seluruh dunia akan, buat pertama kali sejak 2019, bebas untuk menyambut Ramadan dengan cara yang biasa mereka lakukan sebelum pandemik menular di seluruh dunia.

Tidak ada yang menjangkakan pada hari terakhir Ramadan, 3 Jun 2019, bahawa jemaah yang berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan menunaikan solat Tarawih terakhir, sebelum pandemik Covid-19 mula merebak menyebabkan sekatan dilakukan.

Sembilan bulan kemudian, pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus SARS-CoV-2 yang pada mulanya muncul di bandar Wuhan, China menjadi pandemik global.

Kerajaan di seluruh dunia mula bertindak balas dengan mengenakan kawalan ketat ke atas kebebasan bergerak dan interaksi sosial, selain menutup pintu sempadan negara masing-masing.

Kementerian Kesihatan Saudi mengumumkan kes pertama Covid-19 pada 2 Mac 2020 melibatkan warganegaranya yang telah melakukan perjalanan dari Iran dan Bahrain melalui Lebuh Raya Raja Fahd, segera dikuarantin.

Kementerian menghantar pasukan kawalan jangkitan untuk mengesan dan menguji sesiapa sahaja yang pernah dihubunginya. Dua hari kemudian, warga Arab Saudi kedua diuji positif dan tidak lama kemudian kes Covid-19 mula meningkat dengan cepat, sebagaimana berlaku di banyak negara lain.

Pada 6 Mac, gambar tempat tawaf (mataf) di Masjidil Haram Makkah tular di media sosial. Lazimnya penuh dengan jemaah yang berpakaian jubah putih mengelilingi Kaabah, kelihatan kosong, kecuali beberapa pengawal keselamatan.

Imej yang menyedihkan itu seolah-olah merangkumi keadaan kesihatan yang semakin meningkat dengan pantas.

Suasana berbeza di Masjidil Haram, Makkah ketika Arab Saudi menutup sempadan dan mengenakan sekatan susulan pandemin Covid-19 pada 2020, dengan keadaan semasa bermula tahun lalu apabila negara itu membuka semula pintu sempadannya. – Gambar AFP

Pada 6 Mac tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan penarikan balik kebanyakan sekatan Covid-19 dan penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan di tempat awam, termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Keesokan harinya, ratusan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat subuh bersama-sama di Masjidil Haram, berdiri bahu-membahu buat kali pertama dalam beberapa bulan.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga baru-baru ini mengumumkan penarikan balik larangan penerbangan ke dan dari 17 negara yang sebelum ini dianggap negara berisiko tinggi berikutan ketidakstabilan domestik dan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi.

Selain itu, pengembara tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi, kuarantin selepas ketibaan, atau mengambil ujian PCR sebelum berlepas atau tiba di mana-mana pintu masuk.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengawal jumlah orang ramai dan memastikan ziarah tanpa masalah, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah atau solat di Rawdah di Masjid Nabawi masih perlu memohon permit melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna. Pelitup muka akan terus diwajibkan.

Dan selepas dua tahun sekatan dikenakan, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sekali lagi akan membenarkan beberapa aktivitu sempena Ramadan yang bermula hari ini di Arab Saudi. Iktikaf di dalam masjid serta jamuan berbuka puasa kembali menjadi aktiviti biasa seperti sebelum pandemik Covid-19 menular.

Dua ribu permit telah dikeluarkan kepada mereka yang berminat untuk menyediakan makanan berbuka puasa kepada jemaah di kedua-dua masjid tersebut. – Arabnews

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok