99 askar terbunuh, perang Armenia-Azerbaijan meletus semula

September 14, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 99 anggota tentera Armenia dan Azerbaijan terbunuh dalam pertempuran terbaharu membabitkan kedua-dua negara pada Selasa (13 September 2022) – kematian tertinggi sejak perang 2020 – dengan Presiden Russia Vladimir Putin menggesa semua pihak bertenang.

Armenia dan Azerbaijan, yang berjiran, saling menyalahkan antara satu sama lain menyebabkan pertempuran baharu tercetus semalam di beberapa titik di sepanjang sempadan kedua-dua negara, menimbulkan kebimbangan satu lagi konflik bersenjata besar di bekas negara Kesatuan Soviet, tatkala tentera Russia bertempur di Ukraine.

Russia mempunyai tentera pengaman di zon konflik Azerbaijan-Armenia sebagai penjamin perjanjian yang menamatkan perang enam minggu dua tahun lalu ketika kedua-dua negara berebut wilayah Nagorno-Karabakh.

Armenia berkata Azerbaijan telah membedil bandar berhampiran sempadan termasuk Jermuk, Goris dan Kapan, memaksanya bertindak balas.

Baku berkata unit sabotaj Armenia berusaha menganggu kedudukan Azerbaijan dan memulakan serangan.

Ia juga menuduh tentera Armenia menembak senjata berat yang melanggar gencatan senjata yang dicapai lebih awal pada Selasa.

“Presiden Putin secara semula jadi melakukan segala usaha untuk membantu mengurangkan ketegangan di sempadan,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov

Peperangan Russia di Ukraine telah menjejaskan statusnya sebagai penjamin keselamatan serantau, memberi ruang kepada Azerbaijan untuk membuat lebih banyak tuntutan, kata Felo Bersekutu Eurasia Programme of Chatham House think tank, Laurence Broers.

CSTO, pakatan tentera yang diketuai Russia dari bekas negara Soviet yang termasuk Armenia tetapi tidak melibatkan Azerbaijan, bertemu pada Selasa untuk membincangkan situasi itu.

Turki mengulangi sokongannya kepada sekutunya Azerbaijan, dengan Menteri Pertahanan Hulusi Akar yang dipetik oleh kementeriannya sebagai berkata bahawa Ankara “akan terus menyokongnya dalam tujuan yang adil”.

“Tanggungjawab terhadap provokasi, pertempuran dan kerugian terletak pada kepimpinan politik-tentera Armenia,” kata kementerian luar Azerbaijan.

“Sebarang tindakan terhadap integriti wilayah dan kedaulatan Republik Azerbaijan akan dihalang dengan tegas.”

Perdana Menteri Nikol Pashinyan menuduh Azerbaijan menyerang bandar Armenia kerana ia tidak mahu berunding mengenai status Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang berada di dalam Azerbaijan tetapi dihuni terutamanya oleh etnik Armenia.

Beliau berkata intensiti permusuhan telah menurun walaupun serangan dari Azerbaijan berterusan.

Azerbaijan, yang menuduh tentera Armenia menjalankan aktiviti perisikan dan menggerakkan senjata di sepanjang sempadan, berkata kedudukan tenteranya diserang oleh Armenia.

Kedua-dua Russia dan Amerika Syarikat (AS) menggesa Baku dan Yerevan untuk mematuhi kekangan.

Kementerian Luar Rusia berkata konflik itu “harus diselesaikan secara eksklusif melalui cara politik dan diplomatik”.

Menteri Pertahanan Azerbaijan dan Russia bercakap pada Selasa dan bersetuju untuk mengambil langkah bagi menstabilkan situasi di sempadan.

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan Jeyhun Bayramov dan menggesa Armenia untuk “menghentikan provokasinya”. – Agensi

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
PRK: PN bawa misi teruskan momentum gelombang rakyat, PH-UMNO berdepan ujian
August 26, 2023· Politik
Popular
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok