85 penumpang dua penerbangan dari Afrika Selatan positif Covid-19

November 27, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa kesihatan Belanda mengesan puluhan individu yang tiba di Amsterdam dengan dua penerbangan dari Afrika Selatan pada Jumaat, yang disyaki dijangkiti Covid-19.

Kira-kira 600 penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam dengan dua pesawat KLM pada Jumaat, berdepan kelewatan berjam-jam susulan ujian saringan dilakukan bagi mengesan sama ada mereka dijangkiti varian baharu, Omicorn, yang disifatkan lebih berbahaya daripada varian Delta.

Menerusi ujian saringan awal yang dijalankan di lapangan terbang itu, Kementerian Kesihatan Belanda menganggarkan kira-kira 85 penumpang terbabit dikesan positif Covid-19.

“Individu yang positif ujian saringan ditempatkan secara berasingan di hotel berhampiran Schiphol,” kata pihak berkuasa kesihatan dalam satu kenyataan.

“Daripada keputusan ujian yang positif, kami sedang menyelidik secepat mungkin sama ada ia adalah varian baharu yang menjadi perhatian, kini dinamakan ‘Omicron’,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Awal Jumaat, kerajaan Belanda melarang semua perjalanan udara dari Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan Hugo de Jonge berkata penumpang yang dalam perjalanan ke Belanda akan melalui ujian saringan sebaik tiba.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan di Kennemerland, wilayah Belanda yang menyelia Schiphol, berkata kes positif itu sedang dianalisis oleh akademik perubatan Belanda bagi menentukan sama ada ia adalah varian baharu.

Gelombang baharu di Belanda menyebabkan lebih 20,000 jangkitan setiap hari selama seminggu lalu, berterusan walaupun terdapat sekatan termasuk arahan pemakaian semula pelitup muka, penutupan bar dan restoran selepas jam 8 malam.

“Jumlah jangkitan semakin meningkat setiap hari. Ini bermakna kita tidak boleh dengan hanya melakukan beberapa penyelarasan kecil,” kata Perdana Menteri sementara Mark Rutte. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok