46,558 positif Covid-19 di UK sehari selepas mansuh sekatan

July 21, 2021 · Dunia

United Kingdom (UK) merekodkan 46,558 kes positif baharu Covid-19 dan 96 lagi kematian pada Selasa – jumlah kematian tertinggi sejak Mac lalu, menurut data diterbitkan kerajaan.

Jumlah terbaharu itu muncul tatkala England membuka semula negara itu dengan memansuhkan semua sekatan dan larangan Covid-19 pada 19 Julai lalu, dan kebenaran kepada lebih 60,000 penyokong pasukan bolasepaknya memasuki Stadium Wembley di London menyaksikan perlawanan akhir EURO 2020 pada 11 Julai lalu.

Jumlah kematian semalam adalah yang tertinggi sejak 98 pesakit meninggal dunia pada 24 Mac lalu.

Menurut data terbaharu itu, 745 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital pada 14 Julai dan 4,500 lagi pada tujuh hari terakhir ini – peningkatan sebanyak 38.4 peratus.

UK juga melaporkan 35,670 individu menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada Isnin, sekali gus menjadikan keseluruhan rakyat Britain yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan kepada lebih 46.3 juta orang.

Sebanyak 143,560 individu lagi menerima dos kedua semalam, menjadikan individu yang telah melengkapkan kedua-dua vaksin itu seramai lebih 36.2 juta orang

Pada masa sama data itu juga menunjukkan 934,000 pelajar menjalani kuarantin kendiri dengan 773,700 daripadanya kemungkinan menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 ketika di sekolah, sementara selebihnya di luar sekolah.

Pakar kesihatan menggesa orang ramai supaya mendapatkan vaksin dan mengikuti langkah berjaga-jaga, walaupun setelah sekatan Covid-19 di England berakhir.

Pengarah Kesihatan Awam England Dr Yvonne Doyle, berkata 18 bulan terakhir telah menyusahkan rakyat negara itu dan kini setelah sekatan dimansuhkan orang ramai boleh melakukan apa yang mereka kehendaki selama ini.

“Namun, kita mesti melakukannya dengan berhati-hati dan tetap peka. Kita berada dalam gelombang jangkitan yang mengalami peningkatan lebih daripada 40 peratus dalam seminggu terakhir. Masih ada risiko penyakit bagi orang ramai.

“Kita semua dapat mengurangi risiko dengan mendapatkan kedua-dua dos vaksin, melakukan ujian dua kali seminggu di rumah dan menghabiskan lebih banyak masa di luar atau di bilik yang pengap udara,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok