Polis tambah SJR, pantau aktiviti ziarah semasa Aidiladha

July 19, 2021 · Isu semasa

Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemantauan aktiviti ziarah akan ditingkatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelang Hari Raya Aidiladha esok.

Masyarakat dinasihati supaya tidak melakukan aktiviti ziarah bagi mengelak tindakan tegas berlunaskan undang-undang dan polis tidak akan berkompromi dalam soal perlanggaran SOP sepanjang tempoh perayaan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Menjelang sambutan Aidiladha esok, PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar sentiasa patuh SOP sektor sosial yang ditetapkan kerajaan (sambutan Hari Raya Aidiladha).

“Dalam menguatkuasakan pematuhan SOP semasa tempoh sambutan Aidiladha PDRM akan meningkatkan jumlah pemeriksaannya di Sekatan Jalan Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penting bagi memastikan usaha melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19 di dalam negara berjaya.

Bagi tujuan itu tambah Acryl Sani, pasukan-pasukan pemantau pematuhan SOP akan giat digerakkan di seluruh negara.

Katanya,pasukan itu akan memberi fokus kepada kawasan-kawasan perumahan dan lokasi tumpuan awam.

“PDRM komited dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan segala SOP dipatuhi dan mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar SOP, akan diambil tindakan tanpa kompromi.

“Peringatan juga diberikan agar masyarakat tidak menjalankan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung atau merentas negeri serta daerah sepanjang musim perayaan.

“Sebarang pelanggaran SOP berhubung perkara ini akan diambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (akta 342),’ tegasnya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok