Kerajaan sudah beri komitmen buka Parlimen secepat mungkin, kata Takiyuddin

June 16, 2021 · Politik

Titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan komitmen yang diberikan kerajaan untuk membuka sidang Parlimen dengan secepat mungkin sebelum ini, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan semalam sudah pun bercadang untuk membuka sidang Parlimen pada September depan dan isu tersebut tidak wajar dipolemikkan.

“Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan perlu diadakan pada bulan berapa (sidang Parlimen) tapi secepat mungkin, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga berkata bulan September akan diadakan sidang Parlimen.

“Sekarang kita sidah hampir penghujung Jun, ada Julai dan Ogos dan September sudah hampir dan kita pasti akan ada sidang Parlimen,” katanya dalam satu program khas anjuran HarakahDaily malam ini.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memandang serius isu berhubung menangani penularan Covid-19 dan komitmen untuk membuka sidang Parlimen adalah cerminan keterbukaan kerajaan untuk mendengar pandangan semua pihak tanpa mengira parti politik.

“Yang di-Pertuan Agong tidak titah dengan perkara lain, Tuanku titahkan mengenai Covid-19, kita akan fokus dengan pandemik Covid-19,” kata Takiyuddin lagi.

Semalam, Muhyiddin dalam perutusan Pelan Pemulihan Negara berkata sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan yang diperkenan oleh Baginda selepas memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.

“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” titahnya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok