MySejahtera dikemas kini mudahkan wanita hamil daftar vaksinasi

June 2, 2021 · Isu semasa

Aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan penambahan ciri baharu bagi memudahkan ibu mengandung dan sedang menyusu untuk membuat pendaftaran janji temu vaksinasi.

Ini akan membolehkan mereka menerima vaksin Covid-19 yang disarankan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Jika anda ibu mengandung atau sedang menyusu, anda kini boleh mengemaskini status anda di MySejahtera. Janji temu vaksinasi anda akan diberikan berdasarkan jenis vaksin yang sesuai untuk anda,” ciap Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 (JKJAV), di twitternya hari ini.

Dalam pada itu menurut JKAV lagi, bagi mereka yang bukan pengguna MySejahtera, pula boleh hubungi talian hotline.

Sementara itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, ciri baru itu antaranya membolahkan golongan itu memasukkan bulan dan tahun kelahiran bayi.

“Ibu mengandung dan menyusu kini boleh mengemas kini status mereka di MySejahtera.

“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun kelahiran atau status penyusuan,” ciapnya di akaun Twitter miliknya hari ini.

Khairy pada sidang media sebelum ini memaklumkan ciri baharu aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti ibu hamil dan ibu menyusu akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok