Ringgit menyusut ke paras RM4.70 semasa sesi dagangan ditutup hari ini

December 13, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika peserta pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang dijadual diadakan malam ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7035/7085 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855, semalam, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit itu juga seiring dengan mata wang serantau.

“Indeks Harga Pengguna AS yang memenuhi jangkaan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin cenderung untuk mengekalkan pendirian menaikkan kadar faedah apabila membincangkan Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat malam ini,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sekiranya itu berlaku, ini akan terus memberi sokongan terhadap dolar AS.

Selain itu, ringgit juga rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.8916/8979 daripada 5.8842/8873 semalam, susut berbanding euro kepada 5.0737/0791 daripada 5.0548/0575 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2249/2285 daripada 3.2212/2232.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean namun mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.42/8.43 yang dicatatkan semalam.

Unit tempatan itu susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.8 daripada 299.7/300.1 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5041 daripada 3.4898/4920 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1390/1592 daripada 13.1261/1390.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
20 kawasan di Semenanjung dalam amaran gelombang haba Tahap 1
April 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok