Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah

November 29, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dalam saman yang difailkan syarikat itu bagi mendapatkan kembali 43 barang kemas bernilai RM67.4 juta.

Peguam Rajivan Nambiar, yang mewakili Rosmah sebagai defendan, berkata Hakim Ong Chee Kwan menolak permohonan Global Royalty dengan kos sebanyak RM7,500.

“Mahkamah memutuskan bahawa ini bukan kes yang sesuai dan wajar untuk membuat penghakiman terus kerana terdapat isu yang perlu dibangkitkan semasa perbicaraan,” katanya ketika dihubungi selepas prosiding yang dijalankan secara dalam talian semalam.

Penghakiman terus adalah permohonan yang difailkan pihak yang membuat tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman tanpa melalui perbicaraan apabila isu berhubung fakta dalam kes terbabit atau undang-undang tidak dipertikaikan.

Rajivan berkata mahkamah juga membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk jaminan kos terhadap Royalty Global dengan kos RM5,000.

“Jaminan untuk kos ditetapkan pada RM75,000 dengan kebebasan untuk memohon untuk mengubah jumlah sebelum perbicaraan sebaik sahaja pihak bertukar dokumen atau sekiranya pakar akan dipanggil.

“Kos RM75,000 perlu dibayar oleh Global Royalty kepada mahkamah dalam tempoh sebulan dari hari ini,” kata Rajivan, yang dibantu peguam Mohd Reza Rahim.

Rajivan berkata permohonan Rosmah untuk prosiding pihak ketiga terhadap polis dan kerajaan Malaysia telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 14 Dis.

Sementara itu, Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalty sebagai plaintif mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Pada 29 Mac lepas, Global Royalty menyaman Rosmah, 71, dan mendakwa wanita itu telah berbohong dengan menyatakan bahawa 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh seorang ejen syarikat itu kepadanya telah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis, dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa itu.

Global Royalty juga mendakwa Rosmah mengalihkan beban kepada Kerajaan Malaysia, sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.

Pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Rosmah dan menuntutnya memulangkan kembali 44 unit barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta, namun saman itu ditarik balik pada 2019.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok