Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media

November 27, 2023 · Isu semasa

Tindakan kawal selia diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bukan untuk menyekat kebebasan media.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam jawapan disiarkan menerusi laman web Parlimen hari ini memaklumkan ia bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah ataupun maklumat kurang tepat, ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti raja berperlembagaan dan institusi demokrasi, lapor Bernama.

“MCMC mempunyai autoriti dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik, mengancam dan berunsur fitnah,” menurut kementerian itu.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berhubung status cadangan penggubalan akta baharu berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi raja) dan sekatan yang dikenakan kepada portal berita seperti Utusan TV, MalaysiaNow dan TV Pertiwi.

MCMC turut menasihatkan pengamal media serta saluran berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara,” menurut KKD.

Kementerian itu memaklumkan MCMC turut mengambil inisiatif mengadakan beberapa sesi dialog dan libat urus bersama organisasi media bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit.

Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan sebagai suatu langkah inklusif bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih positif, harmoni dan kondusif untuk semua.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok